VLE Frog bukan Katak Bawah Tempurung


Anugerah untuk Pendidikan. Projek 1Bestarinet VLE Frog bukan Katak Bawah Tempurung. Mereka memiliki Kemampuan Pemikiran Aras Tinggi, oleh itu golongan bawahan tidak mungkin memahami Stategi Komplek apabila Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) “lebih senang” memilih YTL daripada yang lain untuk melaksanakan Projek 1Bestarinet iaitu menghubungkan 9924 sekolah satu Malaysia yang bernilai RM1.5 bilion. Projek 1Bestarinet ini akan menyediakan saluran internet dan pembelajaran virtual (internet acces and virtual learning) VLE Frog Asia selama 15 tahun. [credit]

VLE Frog bukan Katak Bawah Tempurung

Setelah sesetengah pihak tersenyum puas dan sesetengah pihak lainnya menanggung azab derita. Apa yang terjadi, satu ketentuan Ilahi. Abaikan saja suara sumbang, kerana masih ada Katak Bawah Tempurung yang setia mengabdikan diri. Akhir-akhir ini banyak masalah dilaporkan. Malaysia di sinilah bermulanya sebuah cinta dan Kementerian Pelajaran Malaysia umpama tidak bersalah lalu kelihatan seakan berusaha mencari syarikat baharu dalam meneruskan Projek jutaan ringgit demi Memajukan Pendidikan Malaysia. YES 4G dan 1BestariNet by YTL Communications, Harapan demi Harapan.

Ada golongan yang bukan Katak Bawah Tempurung. Apa yang menjadi kemusykilan dan kerisauan sekarang ini pastilah melibatkan data-data yang diperolehi dan dikumpul selama ini. YTL mampu menembusi maklumat-maklumat strategik mengenai diri pelajar, ibu bapa, tempat kerja, pendapatan ibu bapa dan apa-apa perkara yang berkaitan soal keselamatan, demografi dan politik negara. Abaikan saja, bukankah masih ada mereka yang dicucuk hidungnya dengan “aku janji”, merekalah golongan menurut perintah. Gayanya, sungguh Hang Tuah sekali.

Source: VLE Frog bukan Katak Bawah Tempurung
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/vle-frog-bukan-katak-bawah-tempurung.html

Pelajar Lemas menanti UPSR 30 September


Sementara menunggu tarikh ulangan UPSR 30 September, seorang calon UPSR lemas ketika berkelah bersama keluarganya di Air Terjun Belukar Bukit dan tidak mungkin menduduki Kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 Sep ini yang ditunda apabila wujudnya Kes Kebocoran Soalan UPSR 2014. Kejadian Malang berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi, Amir Ashari Mohd. Ariffin, 12, dipercayai tergelincir ketika berjalan di atas batu di kawasan berkenaan. Al-Fatihah

Pelajar Lemas menanti UPSR 30 September
Gambar Hiasan

Calon UPSR Tewas menanti 30 September

Murid tahun 6 tersebut bersama 10 lagi anggota keluarga tiba di lokasi air terjun itu pada kira-kira pukul 10.00 pagi. Setelah selesai mandi, mereka berehat di atas batu sebelum mangsa memaklumkan ingin melihat pemandangan menarik di kawasan berhampiran. Semasa pelajar malang tersebut berjalan di atas batu, tiba-tiba terjatuh dan menjerit meminta tolong dengan tangan terkapai-kapai sebelum tenggelam. Sumber: Kosmo.

Pelajar Lemas menanti UPSR 30 September. Hootoh Tudia mengharapkan Ibu-bapa dan murid Tahun 6 lebih berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian. Peperiksaan UPSR masih belum selesai. Masih ada 2 kertas perlu dijawab oleh calon UPSR 2014 iaitu Kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 Sep ini.

Source: Pelajar Lemas menanti UPSR 30 September
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/pelajar-lemas-menanti-upsr-30-september.html

Kesilapan Menguruskan Kertas Soalan UPSR


Fokus Terbaru Siasatan Kertas UPSR Bocor. Pasukan Khas Menyiasat Kesilapan Lembaga Peperiksaan dalam Menguruskan Kertas Soalan Peperiksaan Rasmi dan Keterangan 4 Pegawai Kementerian Pendidikan dijadikan justifikasi dan hala tuju Siasatan Kes Kebocoran Kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR 2014 dimana telah menjejaskan Prestasi dan Intergriti Lembaga Peperiksaan yang sangat penting bagi pembangunan pelajaran dan pendidikan Negara.

Kesilapan Menguruskan Kertas Soalan UPSR

Tiada tangkapan yang dibuat setakat ini. Pihak polis sedang mengumpul keterangan juga meneliti kesilapan menguruskan kertas soalan peperiksaan dengan kerjasama oleh Lembaga Peperiksaan dan agensi-agensi terbabit. Ibu bapa dan Murid Tahun 6 yang tidak berpuas hati dengan situasi ini diharap bertenang dan memberi laluan kepada polis untuk melaksanakan siasatan. Sesiapa yang mempunyai maklumat yang mampu membantu siasatan polis, diharap menyalurkan informasi itu kepada balai-balai polis berdekatan.

Hanya 4 Pegawai Kementerian Disoal Siasat

Terkini, Empat Pegawai Kementerian termasuk Pengarah Lembaga Peperiksaan, Dr. Nai’mah Ishak telah diambil keterangan sejurus polis mendapat maklumat berhubung kebocoran kertas soalan berkenaan. Tiga lagi individu terbabit ialah dua pegawai kanan Lembaga Peperiksaan di Putrajaya serta seorang lagi pegawai khas kementerian tersebut di Johor yang paling awal membuat laporan polis berhubung kes UPSR Bocor.

Fokus Terbaru Siasatan Kertas UPSR Bocor

Fokus Siasatan Kes Kebocoran Kertas UPSR, mengambil kira semua aspek termasuklah di kilang percetakannya di luar negara. Selain berpandukan rakaman percakapan pihak-pihak tertentu yang dapat membantu polis untuk memastikan dalang bertanggungjawab membocorkan kertas UPSR.

Kesilapan Menguruskan Kertas Soalan UPSR

Tan Sri Muhyiddin Tampil Memikul Tanggungjawab

Dari Kejauhan Tan Sri Muhyiddin Yassin Tampil Memikul Tanggungjawab yang diamanahkan serta mengambil ‘accountability’ atas Tragedi Kebocoran Kertas Peperiksaan UPSR. Demi amanah dan Intergriti  yang tinggi, Muhyiddin telah umumkan Penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysa (LPM), Dr. Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr. Wan Illiyas Wan Salleh berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan mengenai kebocoran kertas soalan Sains dan bahasa Inggeris UPSR 2014.

Source: Kesilapan Menguruskan Kertas Soalan UPSR
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/kesilapan-menguruskan-kertas-soalan-upsr.html

Lembaga Peperiksaan (KPM) Menafikan UPSR 2014 Batal


Maklumat Rasmi Isu UPSR. Lembaga Peperiksaan KPM menafikan UPSR 2014 dibatalkan. Berita yang tersebar di laman sosial yang menyatakan UPSR 2014 diulang semula bagi semua mata pelajaran hanyalah khabar angin dan Laporan Polis Kes Kebocoran UPSR akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

Lembaga Peperiksaan (KPM) Menafikan UPSR 2014 Batal

Maklumat Rasmi Isu UPSR 2014

Lembaga Peperiksaan mengumumkan 30 September 2014 sebagai tarikh baru bagi kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 dan peperiksaan Bahasa Inggeris kertas 1 dan kertas 2 selepas kedua-dua kertas soalan didapati berlaku kebocoran. Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat yang sah mengenai isu itu daripada laman web rasmi Kementerian Pendidikan. Sila layari UPSR Moe untuk maklumat tepat berhubung UPSR 2014.

Laporan Polis Kes Kebocoran UPSR

Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, telah membuat laporan polis berhubung kebocoran kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 dan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris Kertas 014/1 dan Kertas 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ketua Polis Daerah Putrajaya, melaporkan kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972. Keterangan pengadu telah diambil. Polis masih menjalankan siasatan. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

Source: Lembaga Peperiksaan (KPM) Menafikan UPSR 2014 Batal
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/lembaga-peperiksaan-kpm-menafikan-upsr.html

Isu Sains UPSR 2014 Soalan Bocor


Info Rasmi KPM Soalan Bocor Sains UPSR 2014 Tersebar di Internet. Penangguhan Ujian Science 018 UPSR 2014 ke 30 September. Soalan Bocor Sains UPSR 2014 Peperiksaan Ditunda. Berikut ialah Kenyataan Akhbar Lembaga Peperiksaan.

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 pagi.
Soalan Bocor Sains UPSR 2014 Peperiksaan Ditunda

Siasatan awal yang telah dibuat mendapati bahawa kertas soalan tersebut menyerupai kertas soalan Science 018 UPSR 2014 yang bakal dihadapi oleh calon UPSR pada 11 September. Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

Source: Isu Sains UPSR 2014 Soalan Bocor
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/isu-sains-upsr-2014-soalan-bocor_10.html

Masa depan UPSR Peperiksaan dalam PBS


Peperiksaan dalam PBS KSSR. Masa depan UPSR. Adakah Peperiksaan terus dikekalkan, Ia masih menjadi persoalan. Informasi yang diperoleh sentiasa bercanggah. Apabila ada yang bertanya, Jawapan dan penjelasan dari “mereka” sentiasa berubah-rubah. Hingga terciptanya terma “Misteri UPSR“. Walaupun ia bukan urusan guru untuk memikirkannya, namun membayangkan masa depan anak didik, menjadikan guru-guru sekolah mulai gundah hatinya bila melihat ragam pendidikan negara. Umpama tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi.

Masa depan UPSR Peperiksaan dalam PBS

Adakah Peperiksaan UPSR akan diteruskan di Sekolah Rendah

Prestasi pelajar dikembangkan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah menengah berdasarkan keputusan UPSR yang diperolehi. Oleh itu UPSR Terus Dikekalkan – Jelas Muhyiddin Yassin. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dikekalkan sebagai Peperiksaan Awam Utama di sekolah rendah Malaysia. Tidak Boleh Mansuh! Peperiksaan UPSR penting bagi menilai pencapaian pelajar selepas 6 tahun persekolahan di sekolah rendah. Begitulah penjelasan Menteri Pendidikan Muhyiddin Yassin yang dipetik dari ABN.

Walau apapun keputusan mereka (selepas UPSR), mereka akan tetap naik ke tingkatan satu. Tetapi ibu bapa pun nak tahu di mana mereka berada. Maka sebab itu kita teruskan dasar yang lama telah kita laksanakan untuk beri kesempatan bagi kita menilai pencapaian mereka. 
— Tan Sri Muhyiddin Yassin

Peperiksaan dalam (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Harapan Menteri Pendidikan, Mudah-mudahan PBS dapat mencipta pelajar yang lebih cemerlang, mempunyai pemikiran aras tinggi, boleh menganalisa, boleh memahami secara lebih mendalam, tidak hanya setakat menghafal sebagaimana yang berlaku pada masa-masa lepas.

Source: Masa depan UPSR Peperiksaan dalam PBS
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/masa-depan-upsr-peperiksaan-dalam-pbs.html

Borang Instrumen Pemeriksaan Khas PBS Pemantauan JNJK


Instrumen Pemantauan Khas PBS 2014 Pemeriksaan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Download Borang Instrumen Pemantauan Khas PBS oleh JNJK yang akan turun padang ke semua Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di seluruh Malaysia mulai 07 September hingga 17 Oktober 2014. Pemeriksaan Khas PBS akan dilaksanakan dalam 3 Fasa. #JNJK
Borang Instrumen Pemeriksaan Khas PBS Pemantauan JNJK

Tarikh Pemeriksaan Khas PBS 2014

  • Fasa 1 pada 07/09/2014 – 12/09/2014
  • Fasa 2 pada 28/09/2014 – 03/10/2014
  • Fasa 3 pada 12/10/2014 – 17/10/2014

Download Instrumen Pemantauan Khas PBS

Download Borang Instrumen Pemantauan PBS oleh JNJK sebagai rujukan Pemantauan Kendiri di sekolah masing-masing. Instrumen A hingga F untuk Sekolah Menengah manakala Instrumen A hingga E untuk Sekolah Rendah. Berikut disertakan Senarai Instrumen Utama yang akan digunakan semasa Pemeriksaan Khas PBS oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 melaksanakan bidang tugasnya mengikut peruntukan yang telah ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa dengan Misi Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika. Borang Instrumen Pemeriksaan Khas PBS Pemantauan JNJK.

Source: Borang Instrumen Pemeriksaan Khas PBS Pemantauan JNJK
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/09/borang-instrumen-pemeriksaan-khas-pbs.html