Takdir Jodoh Telah Mati


Jodoh Mati atau jodoh yang telah meninggal dunia sebelum sempat kita menemuinya. Ada juga yang menyatakan takdir jodoh mereka telah mati lebih awal. Adakah benar atau boleh diterima kenyataan sebegini. Mungkin juga takdir jodohnya telah mati, maka seseorang itu ditentukan hidup membujang sampai mati. Saya sendiri tertanya-tanya mengenai perkara ini
Takdir Jodoh Telah Mati Perkara Di Tetapkan dalam Agama Islam
“…dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya..”
H.R. Bukhari dan Muslim
Sememangnya telah ditetapkan, sedutan hadis di atas berkisar tentang tahap penciptaan manusia dan garis takdirnya. Semasa umur kita 4 bulan, Allah telah memerintahkan malaikat meniupkan roh dan Dia telah menetapkan 4 perkara bagi kita, dimana “rezekinya” merujuk kepada sumber makan hidupnya dan jodoh seseorang itu.
Saya juga masih teringat komen dari Selebriti Lelaki iaitu Penyanyi Popular Anuar Zain, bila ditanya tentang jodoh beliau. Katanya “Mungkin jodoh saya sudah meninggal dunia” yang bermaksud Takdir Jodoh telah Mati.Walaubagaimanapun takdir jodoh adalah takdir yg boleh diubah dengan keizinan Allah melalui usaha dan doa seseorang itu. Selain itu ada juga pendapat yang saya tidak berapa pasti kebenarannya yang menyatakan bahawa jika benar seseorang itu tidak diizinkan bertemu dengan jodohnya kerana ditakdirkan jodoh tersebut terlebih dahulu telah mati, jodoh itu masih tetap ada dan mereka akan ditemukan di akhirat kelak.Entri Takdir Jodoh telah Mati ini bukan bermaksud untuk menimbulkan sebarang kekeliruan dalam hidup, apatahlagi dari segi Agama Islam yang amat sempurna adanya. نعوذ بالله من ذلك. Ia sekadar satu persoalan dari saya dan mungkin juga ada yang diluar sana masih mencari kepastian mengenai Adakah Benar Takdir Jodoh telah Mati ini Boleh Berlaku.
والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s