Kata-kata Neelofa Bicara Seni


Kata-kata Neelofa Bicara Seni. Anak seni tempatan yang Hot Neelofa terbukti petah berkata-kata di MeleTop! Malah  dilaman sosial twitter, Neelofa juga berseni  bicara dan kata-katanya. Kata-kata hebat pengaruhnya, Malah kata-kata juga mampu memberi semangat dan inspirasi kepada seseorang. Koleksi Kata-kata Sani Inspirasi oleh Neelofa boleh dibaca di Kata-kata Comel Neelofa Meletop.

Kata-kata dan Bicara Neelofa

Kata-kata Comel Neelofa Meletop

 

 

 

 

Sumber: Kata-kata Comel Neelofa Meletop

Advertisements

Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil


Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil dan Usahawan Sederhana. Golongan Usahawan Kecil dan Sederhana perlu lebih dinamik, tidak berada di takuk lama dan tidak melupakan jasa kerajaan yang sentiasa memberikan bantuan dan peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) telah memberi bantuan pinjaman kepada 250,000 Usahawan Kecil dan Sederhana untuk memulakan perniagaan mereka.

Tip-tip usahawan dari Najib untuk Usahawan Kecil

“Jangan lupa jasa kerajaan, yang sokong (kerajaan) dapat (pinjaman Tekun), yang tidak sokong pun dapat, kadang-kadang kita sedih juga, kita buat susah-susah, mereka kutuk, bila dapat apa-apa bantuan dia yang tercegat di depan kita”

“Yang paling penting kita sudah faham, sudah tahu siapa yang tolong kita selama ini. Kalau dapat mandat dari rakyat, bukan sahaja Tekun bertambah maju dan dapat lahirkan ribuan usahawan tetapi negara ini dapat dimartabatkan sebagai negara maju dan berjaya”

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Tekun dan Ekspo Keusahawanan Tekun Nasional 2013 bertemakan “Melahirkan Komuniti Usahawan Tekun yang Berdaya Usaha, Jujur dan Progresif” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Sumber: Bernama 9 Feb

Bila dah masuk bab politik ni, Hootoh blog terus angkat tangan. Tak berani nak komen atau ulas lebih-lebih. Tapi ada nasihat dari otai usahawan, katanya berniaga ada dua jalan. Satu Jalan Kesat, kenalah merangkak. Lagi satu Jalan Berpelincir, licin dan laju aje. Hah! dalam juga maksudnya tu. Sediri mau ingat, jangan pilih jalan hitam, kita layan aje Tip-tip dari Najib untuk Usahawan Kecil dan Usahawan Sederhana

Bacaan lain yang berkaitan

Usahawan Kecil Hati Bakal MuflisSelain tip-tip usahawan seperti kata-kata semangat untuk usahawan kecil, kata-kata cabaran seperti ini juga perlu. Usahawan Kecil hati dan berasa terancam akibat… 

Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan Kata Semangat dan Tip-tip Usahawan Kecil. Sama ada usahawan kecil ataupun usahawan besar, semangat perlu kuat, hati mesti tabah. Kepada ingin memulakan perniagaan, ingatlah setiap usahawan besar, terkenal dan kaya raya pada hari ini, dulunya mereka… 

Amalan Tutup Cemin Bila ada Jenazah


Amalan Tutup Cemin bila ada Jenazah. Tidakkah pelik, ada jenazah cermin pula ditutup. Menutup cermin-cermin muka dengan kain apabila jenazah ada didalam rumah hampir menjadi kebiasaan masyarakat kita. Timbul juga tandatanya mengapa amalan menutup cermin ini dilakukan apabila ada jenazah didalam rumah, namun memandangkan situasi yang tidak sesuai, persoalan ini selalu disimpan dan akhirnya dilupakan begitu saja. Namun, bila melihatkan amalan metutup cermin dengan kain ini hampir menjadi kemestian, persoalan ini perlu mendapat penerangan yang jelas. Apa Hukumnya dalam Islam perbuatan menutup cermin muka ketika ada jenazah dididalamm rumah. Berikut ialah maklumat yang diambil dari entri Hukum Tutup Cemin Bila ada Jenazah. Wallahu’alam bissawab

hukum agama tutup cermin jenazah kematian

Hukum Menutup Cermin Muka Ketika ada Jenazah di Dalam Rumah

Assalamualaikum ustaz,
Ada tuan rumah yang cover cermin-cermin muka di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih.

Bismillahi wal hamdulillah,
Kami tidak menjumpai saranan dari Rasulullah saw supaya menutup cermin-cermin muka ketika terdapatnya jenazah dalam rumah tersebut. Apa yang kami temui ialah ianya merupakan amalan orang tua-tua dahulu yang beranggapan bahawa, cermin hanya digunakan oleh Si Mati ketika hidupnya sahaja. Apabila telah mati, cermin tersebut tidak berguna lagi kerana mengikut Kepercayaan Kuno Masyarakat Hindu, roh atau hantu tidak boleh melihat dirinya dalam cermin.

Maka untuk menjaga hati dan perasaan serta bagi menghormati ruh tersebut, setiap cermin muka dirumah simati tersebut perlulah ditutup. Perbuatan tersebut mengikut syarak adalah dilarang kerana ianya adalah perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw serta dianggap sebagai satu perbuatan khurafat yang menyalahi syarak.

 


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

Tuhan, Tolong Jangan Matikan Aku
الفاتح untuk Allahyarhamah Farah Farhanah yang telah kembali ke Rahmatullah pada Petang 26 RabiulAwal 1434 H

Sumber: Hukum Tutup Cemin Bila ada Jenazah
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow Hootoh Tudia: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook

Tema Hari Guru 2013 | Borang Cadangan


Tema Hari Guru 2013 | Borang Cadangan.

Tema Hari Guru 2013 masih lagi dalam proses cadangan. Pemilihan Tema Hari Guru 2013 telah bermula pada 15 Januari dan akan berakhir pada 15 Feruari 2013. Borang Cadangan Tema Hari Guru 2013 boleh dimuat turun amat dialu-alukan. Untuk makluman, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah menjadi urus setia pemilihan Tema Hari Guru Tahun ini.

 

Tema Hari Guru 2013 | Borang Cadangan

 

Apa Tema Hari Guru 2013 dan Bagaimana Tema Hari Guru Disediakan.

Sebagai Panduan dan Rujukan dalam penyediaan Tema Hari Guru 2013, bersama Borang Cadangan disertakan bersama Panduan Mencipta Tema hari Guru, Borang Cadangan Tema Hari Guru dan Senarai Tema Hari Guru 1972-2012. Muat turun Borang Cadangan Tema Hari Guru dan Maklumat Hari Guru 2013 boleh terus merujuk Laman Hari Guru Portal