Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya


Cahaya Pelita pada Malam 7 Likur Menjelang Raya. Apabila tiba sepuluh malam terakhir puasa, antara malam-malam Laylat al-Qadr, setiap rumah mula sibuk memasang pelita atau lampu neon warna warni. Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya, menjadi suatu tradisi yang masih lagi berlaku di rumah-rumah samada di bandar ataupun kampung. Pelita yang dibeli atau dibuat sendiri dipasang dalam jarak yang tertentu di halaman atau jalan masuk ke rumah masing-masing.

Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya

Cahaya Pelita  Menyuluh Jalan Malaikat

Malam 7 Likur, sesetengah masayarakat kita menyalakan Lampu Lip-Lap, Panjut serta pelbagai Lampu dan Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Hari Raya kerana inginkan keberkatan Lailatul Qadar. Sebab ada yang mempercayai bahawa pada malam itu, malaikat akan mencari rumah mana yang paling terang untuk dilawati dan diberkatinya. Lampu dan Cahaya Pelita Menyuluh Jalan Malaikat agar turun ke rumah mereka pada 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan.

Cahaya Lampu Menarik Perhatian Santa Claus

Keadaan ini sama dengan Penganut Kristian yang menyirami cahaya lampu pada rumah mereka pada malam Krismas hingga ke atas pokok-pokok bagi menyambut kedatangan Santa Claus atau Papa Noel. Penganut Agama Kristian mengharapkan cahaya-cahaya lampu yang dipasang dan dihias indah mampu menarik perhatian Santa Claus agar melawati rumah mereka lalu mendapat Rahmat pada Malam Menjelang Krismas.

Benarkah Malaikat Pilih Cahaya Pelita yang Terang

Kepercayaan Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya menarik minat Malaikat ke kediaman seseorang. Sebenarnya malaikat ini tidak perlukan lampu ataupun Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya untuk memberkati seseorang yang menyalakannya. Hal ini jelas salah di sisi Islam kerana malaikat sendiri diciptakan daripada Nur. Malah ciptaanNya itu tidak memerlukan bantuan cahaya dari manusia. Hal ini telah menjadi fitnah agama kerana ia seakan menganggap Malaikat itu buta dan lemah sehingga perlu dipasang Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya sebagai panduan mereka. Bila Ramadhan Tiba Manusia Selalu Lupa.

Cahaya Pelita untuk Beribadat

Simbolik Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya yang sebenarnya ialah  Malaikat mencari Cahaya Pelita yang dipasang untuk beribadat. Seseorang yang bangun pada malam tersebut untuk bertarawih dan pada sebelah sahurnya untuk beribadah dan bermunajat. Jika hanya menyalakan pelita dan lampu bewarna warni sampai ke pagi tanpa amal ibadah dan zikir, maka kurang bermaknalah cahaya indah di malam Ramadhan itu. Bacaan Zikir untuk Berfikir

CAHAYA PELITA PADA MALAM MENJELANG RAYA

Cahaya kekuningan yang datang dari api pelita nampak meliut-liut seolah-olah melambai-lambai kedatangan seseorang. Malam 7 Likur, kemeriahan akan mula dirasai bahawa Hari Raya Aidilfitri semakin hampir. Diriwayatkan satu malam bilangan ganjil dalam 10 Malam Terakhir akan turunnya para malaikat yang akan melewati rumah-rumah yang telah ditentukan Allah.

Sesiapa yang berjaga malam itu dengan menjalankan ibadat dan mengharapkan bertemu dengan malam LailatulQadar seperti yang dimaksudkan dalam Al-Quran maka sesungguhnya seseorang itu mendapat pahala seribu bulan bersamaan lapan puluh tiga tahun beramal. Maka jadikan Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya Sinar Cahaya untuk Amal dan Ibadah.

Cahaya Pelita pada Malam 7 Likur Menjelang Raya
Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya, Malam 7 Likur, Benarkah Malaikat Pilih Cahaya Pelita yang Terang, Laylat al-Qadr, Cahaya Pelita  Menyuluh Jalan Malaikat, Cahaya Lampu Menarik Perhatian Santa Claus, Cahaya Pelita untuk Beribadat, 10 Malam Terakhir, Lailatul Qadar, Sinar Cahaya untuk Amal dan Ibadah, Hari Raya Aidilfitri, #Pelita #7Likur #al-Qadr #Raya http://www.hootoh.my/2013/07/cahaya-pelita-pada-malam-menjelang-raya.html

Read More
Original Article: Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/07/cahaya-pelita-pada-malam-menjelang-raya.html

One thought on “Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s