Siapakah Nabi Yushwa’ bin Nun


Siapakah Nabi Yushwa’ bin Nun. Seorang Nabi diantara nabi-nabi yang nama dan kisah hidupnya tidak disebut dalam Al-Quran. Kisah Kisah Nabi Yushwa’, selepas kewafatan Nabi Musa as dan Nabi Harun, dakwah kepada Bani Israel di padang Tieh telah dipimpin oleh Nabi Yushwa’ as bin Nun bin Ifra’him bin Yusof bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim as. Yushwa’ bin Nun juga selalu disebut dengan nama Nabi Yasyu’ yang mempunyai pertalian dari Puak Afrathim, salah satu puak daripada 12 Puak dalam Bani Israel.

Siapakah Nabi Yushwa' bin Nun

Misi Mencari Nabi Khidir

Kisah Nabi Yushwa’. Sebelum menjadi Nabi, beliau antara sahabat Nabi Musa yang dipercayai dan pernah mengembara bersama Nabi Musa dalam Misi mencari Nabi Khidir. Setelah menjadi Nabi, Yasyu’ menyambung tugasan Nabi Musa as, mengecilkan bilangan keanggotaan tenteranya bagi satu kumpulan dan melatih pemuda-pemuda berumur 20 tahun ke atas supaya mahir menunggang unta dan bermain senjata. Siapakah Nabi Yushwa’ bin Nun, Kisah nabi yang tidak diceritakan dalam Al-Quran., sepertimana Kisah Mimpi Raja Nebuchadnezzar dan Nabi Daniel.

Nabi Yushwa’ Menawan Baitul Maqdis Jurusalem

Di bawah pimpinan Nabi Yushwa’, jumlah seramai 600 ribu anggota tentera yang gagah perkasa. Kesetiaan 600 ribu bala tentera tidak berbelah bagi. Mereka dipimpin oleh pemimpin yang sangat dipercayai, tinggi ketaqwaannya, membenci rasuah dan tidak mengkhianati saudara sendiri. Nabi Yushwa’ seorang pemimpin yang dihormati. Bersama bala tentera, beliau bergerak ke Kanaan melintasi sungai Jordan, menyerang, memusnah dan berkumpul seketika di Bandar Jereicho yang dikenali sebagai Ariha. Serangan tubi angkatan perang Bani Israel ke atas tentera Kaum Jabbarin iaitu etnik Heets, Faazar dan Kanaan diteruskan tanpa mempedulikan gangguan Wabak Epidemik dan Godaan Pelacur Cantik, akhirnya membuahkan kejayaan buat bala tentera Nabi Yushwa’

Hari Jumaat Menjadi Panjang

Pada zaman Nabi Yushwa’ Hari Sabtu adalah hari diharamkan Perang. Pada petang Hari Jumaat Menjadi Panjang, dengan kekuasaan Allah, Waktu Menjadi Perlahan hingga Nabi Yushwa’ dan tenteranya berjaya menawan Jurusalem sebelum terbenamnya matahari. Bala tentera Nabi Yushwa’ dengan bantuan Kalik bin Yofane telah menawan Baitul Maqdis. Sampailah matlamat Bani Israel untuk mendiami tanah moyangnya, hakmilik keturunan Nabi Yaakub as setelah hampir 500 tahun ditindas, dibunuh dan terbuang hingga menumpang di negara jiran.

Kisah Nabi Yushwa’ bin Nun

Siapakah Nabi Yushwa’ bin Nun, Seorang Nabi diantara nabi-nabi, nama dan kisah hidupnya tidak disebut dalam Al-Quran. Kisah Nabi Yushwa’, Hari Jumaat yang Panjang, kekuasaan Allah, waktu menjadi perlahan hingga Nabi Yushwa’ dan tenteranya berjaya menawan Jurusalem sebelum terbenamnya matahari. Bersama Nabi Musa dalam Misi Mencari Nabi Khidir, kenali Nabi Yushwa’ bin Nun, http://www.hootoh.my/2013/07/siapakah-nabi-yushwa-bin-nun.html #Agama #Yushwa #KisahNabi

Read More
Original Article: Siapakah Nabi Yushwa’ bin Nun
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/07/siapakah-nabi-yushwa-bin-nun.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s