Rahsia dan Misteri Peti Tabut


Peti Tabut atau The Ark of Covenant. Rahsia dan Misteri Peti Tabut, sejarah dan kisah yang bermula semenjak zaman Nabi Musa a.s dan Nabi Harun. Hingga kini, PETI TABUT menjadi rahsia kuasa yang dicari-cari oleh Yahudi semenjak Peti Misteri Tabut  lenyap dan hilang di antara tahun 620 sebelum Masihi di bawah jagaan anakandanya Nabi Sulaiman. Begitulah menurut catatan dalam perjanjian lama. Rahsia dan Misteri Peti Tabut. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya. Wallahu’alam bissawab.

Rahsia dan Misteri Peti Tabut
Peti Tabut gambaran Yahudi

Kisah Peti Tabut dalam Al-Quran

Kisah PETI TABUT di dalam Al Quran atau mengenai The Ark Of Covenant hanya sekali disebut dan diterangkan dalam Al-Quran. Cerita mengenai PETI TABUT terdapat dalam Surah Al-Baqarah ayat 248. Firman Allah swt bermaksud.

Dan nabi mereka berkata kepada mereka; Sesungguhnya tanda kerajaan itu ialah datangnya PETI TABUT yang mengandungi sakinah daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan Keluarga Musa dan Keluarga Harun, dibawa oleh Malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman
Al-Baqarah ayat 248

Inilah satu-satunya Kisah Peti Tabut dalam Al-Quran yang menyebut tentang TABUT secara langsung. Tiada terdapat perkataan TABUT lagi di dalam ayat-ayat yang lain, selain dari Surah Al-Baqarah ayat 248.

Apakah Rahsia dan Misteri Peti Tabut

Apakah Peti Tabut? Apakah isi di dalam Peti Tabut yang dipercayai mempunyai banyak rahsia dan keistimewaannya itu. PETI TABUT adalah sebuah peti yang mengandungi dua buah Batu Loh yang tertulis penulisan Kitab Taurat Nabi Musa a.s, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah lautan semasa dikejar Firaun, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Manna.Terdapat ukiran patung dua malaikat yang membuka sayapnya di bahagian atas peti itu. Peti itu berukuran dua setengah hasta panjang, satu setengah hasta lebar dan tinggi. Ia diperbuat dari kayu keras jenis Akasia (penaga), bahagian dalam dan luarnya disepuh dengan emas murni. Di sudut-sudut Tabut ada 4 cincin/gelang emas, penutupnya dari emas murni, kayu pengusungnya juga disepuh dengan emas murni. Hingga kini Peti Tabut tetap menjadi Rahsia dan Misteri. Koleksi Kisah Agama di Hootoh Blog ᴴᴼᴼᵀᴼᴴ ᴮᴸᴼᴳ ᵀᵁᴰᴵᴬ ™. Baca juga Siapakah Nabi Yushwa’ bin Nun.
Rahsia dan Misteri Peti Tabut
Bani Israel percaya bahawa Rahsia dan Misteri Peti Tabut  mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa sesiapa yang berjaya memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang, ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.

Sehingga kini, PETI TABUT telah hilang ditelan masa, namun Rahsia dan Misteri Peti Tabut tidak pernah lenyap bersama sejarah. Walaupun tiada siapa yang tahu di mana Peti Misteri Tabut itu berada, melainkan mereka yang diizinkan Allah swt, namun di luar sana beberapa bangsa termasuk Yahudi sedang mencari kembali Peti Tabut demi Rahsia dan Kuasa.
والله أعلمُ بالـصـواب

Read More
Original Article: Rahsia dan Misteri Peti Tabut
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/08/rahsia-dan-misteri-peti-tabut.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s