Berbalas mesej lu cah, polis siasat pelakon popular


SHAH ALAM – Pelakon Adi Putra, 32, yang didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.



Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lu cah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Adi Putra



Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.



“Suami kepada wanita itu mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu.



“Mereka juga saling menghantar gambar lu cah masing-masing dan keadaan itu membuatkan suami wanita tu mengalami tekanan perasaan,” kata sumber.



Tambah sumber tersebut, ahli perniagaan yang berusia 56 tahun itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Skudai, Johor Bahru.



Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal bagi dianalisa untuk tindakan selanjutnya.



Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.



Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan suami wanita berkenaan tetapi enggan mendedahkan nama aktor tersebut.



“Pelakon itu juga telah memberikan kerjasama dengan memberikan keterangan selepas diminta berbuat demikian susulan laporan polis yang diterima,” katanya.



Sementara itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Adi gagal apabila aktor terbabit gagal dihubungi.-Sinar harian

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Berbalas mesej lu cah, polis siasat pelakon popular Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/berbalas-mesej-lu-cah-polis-siasat.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s