Isteri Terlanjur Kekasih Lama,Suami Layan Teman FB


Gambar hiasan

Isteri Terlanjur Kekasih Lama,Suami Layan Teman FB | Ikuti pendedahan yang dibuat oleh seorang isteri yang buntu dengan masalah yang melanda rumah tangga mereka.Rasanya kes seperti ini bukan sesuatu yang baru,tetapi bacalah dan ambillah pengajaran yang anda perolehi dari kisah benar yang dikongsikan khas untuk anda semua.

Saya terlanjur dengan bekas teman lelaki kerana kurang kasih sayang serta layanan suami. Hubungan kami tambah dingin sejak dua tahun lalu. Lebih dikesali, suami lebih senang melayan mesej lucah dengan wanita lain di laman sosial.

Akibatnya apabila bertemu kekasih lama, kami terlanjur. Lebih mencemaskan, saya tidak datang bulan dan bimbang mengandung.

Saya benar-benar buntu kerana masih sayangkan suami, tetapi saya tidak mahu menambah dosa dengan menggugurkan kandungan.

Ketika ini saya rasa sangat berdosa dan bersalah terhadap suami. Meskipun suami melayan wanita lain menerusi mesej lucah, saya tidak sepatutnya membalas kesilapannya dengan menjalin hubungan sulit.

YANTI

Tanah Merah, Kelantan

Hubungan suram serta dingin dalam perkahwinan menyebabkan puan terleka dengan godaan luar. Disebabkan dahagakan kasih suami, puan sanggup mencari ruang persinggahan sehingga terlajak tanpa ada ruang berundur.

Biarpun puan mencipta 1,001 alasan atas kesilapan, hubungan orang ketiga masih menjadi kesalahan. Baik puan serta suami, kedua-duanya ada masalah.

Puan serta suami tergamak ‘makan luar’ sedangkan nikmat halal terbentang luas di depan mata. Jalan terbaik, puan dan suami perlu mencari kesepakatan mengenai situasi rumah tangga.

Mengenai kemungkinan mengandung, puan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor. Andai tidak benar, jalan untuk memperbaiki rumah tangga dipermudahkan dan gunakan peluang itu sebaik-baiknya.

Namun, jika sebaliknya, teruskan amalan meminta ampun serta meminta kekuatan supaya puan dapat melaluinya dengan tenang.

Dang Setia @ Harian Metro

Entri ! Blog Informasi Nakal Dan Panas ! Credit to http://beritamyon9.blogspot.com/2013/09/isteri-terlanjur-kekasih-lamasuami.html

Isteri Terlanjur Kekasih Lama,Suami Layan Teman FB Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/isteri-terlanjur-kekasih-lamasuami.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s