Si Kecil Meraung Apabila Ditinggalkan Dalam Kereta Berkunci


Si Kecil Meraung Apabila Ditinggalkan Dalam Kereta Berkunci | Sejak akhir-akhir ini,banyak kes kecuaian yang melibatkan antara ibu bapa dan anak kecil yang ditinggalkan dalam kereta,Bulan lepas jika anda masih ingat.Seorang kanak-kanak meninggal apabila disyaki lemas ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya.

Kejadian menyayat hati itu seharusnya dijadikan iktibar oleh para ibu bapa agar ia tidak berulang pada anak mereka.

Namun tidak pasti atas alasan apa, kejadian lebih kurang serupa berlaku lagi di Ipoh, Sabtu lalu.

Ia disaksikan sendiri Ketua MCA Ipoh, Datuk Seri Micheal Chong.

Menurut Michael Chong, budak lelaki tersebut menangis sekuat hati memanggil ibunya agar dikeluarkan dari kereta MPV yang diletak di hadapan Hospital Fatimah, Ipoh, Perak dalam keadaan berpeluh-peluh kepanasan kerana enjin kereta dimatikan.

Dia menganggarkan, kanak-kanak tersebut mungkin telah terperangkap selama setengah jam. Sekiranya tidak ada sesiapa yang perasan, dikhuatiri tragedi Julai lalu mungkin berulang semula.

Kanak-kanak itu akhirnya diselamatkan oleh pasukan bomba.

Kepada para ibu bapa, tolonglah lebih peka dengan keselamatan anak anda. Semoga kejadian sebegini tidak berulang lagi. -REM RAMZI

Sumber: Forum Cari via mynewshub

Entri ! Blog Informasi Nakal Dan Panas ! Credit to http://beritamyon9.blogspot.com/2013/09/si-kecil-meraung-apabila-ditinggalkan.html

Si Kecil Meraung Apabila Ditinggalkan Dalam Kereta Berkunci Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/si-kecil-meraung-apabila-ditinggalkan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s