Terlalu Kecewa, Syamsul Mahu Berhenti Mengarah…Tidak Hadir Prebiu


Akibat terlalu kecewa dengan insiden filem kelapan arahannya, KL Gangster 2 disabotaj, Syamsul Yusof menyatakan hasrat mahu berhenti daripada mengarah filem selepas ini. Luahan itu telah disuarakan kepada bapanya yang juga merupakan penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam.

“Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentunya dia sukar berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada dia supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku.

“Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya.

“Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun. Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal”, dedah Datuk Yusof Haslam mengenai luahan anaknya itu ketika di sidang media malam pratonton KL Gangster 2 bertempat di One Utama, malam tadi.

Yusof juga memaklumkan Syamsul tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih lagi dalam keadaan tertekan.

Pada petang 28 Ogos lalu, dunia filem tempatan dikejutkan dengan berita filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat itu dikatakan telah tersebar di Internet dan boleh dimuat naik secara percuma.

Tambah pemilik empayar pengeluar filem, Skop Production ini lagi, sekiranya anaknya itu tetap dengan keputusan mahu mengundur daripada dunia bikinan filem ia merupakan satu kehilangan besar pada industri perfileman tanah air. Apatah lagi Syamsul sebelum ni pernah mencipta beberapa rekod kejayaannya sebagai pengarah muda berpotensi tinggi.

“Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Selama ini saya bangga dengan dia.

“Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tak putus asa. Saya ada pujuk dia, saya katakan pada dia yang saya akan berjuang habis-habisan. Malah adiknya Syafiq pun cuba memujuk dia agar jangan undur diri”, katanya.

Berjuang Hingga Mati!

Dalam pada itu mengenai perkembangan siasatan setakat ini, Yusof memberitahu siasatan masih sedang dijalankan dan beliau menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Namun beliau mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap penjenayah-penjenayah siber dan cetak rompak terbabit.

“Sekarang ni saya serahkan siasatan kepada pihak berkuasa. Dalam masa sama pihak kami juga jalankan siasatan. Saya cuma berharap pihak berkuasa tak ambil masa lama untuk menyiasat kalau ambil masa lama, bermakna kita biarkan penjenayah ini berleluasa.

“Kita redha dengan ujian Allah ini. Yang mana dah bocor, bocor lah tapi saya percaya penonton yang cintakan filem melayu dan kualiti, mereka akan datang menonton di pawagam.

“Saya akui dengan isu ini kutipan akan terjejas. Tapi kita terima. Namun ia tak mematahkan semangat saya, anak saya dan Skop Production. Saya tak akan berhenti! Saya akan terus berjuang habis-habisan! Saya akan berjuang hingga saya mati!”, katanya.

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.

Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura. –Malaysian Digest


Entri Current News And Update ! ! ! Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Terlalu Kecewa, Syamsul Mahu Berhenti Mengarah…Tidak Hadir Prebiu Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/terlalu-kecewa-syamsul-mahu-berhenti.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s