Terkini! Lagi Nahas Di Genting,13 Dikhuatiri Cedera


KUALA LUMPUR – Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5, Lebuhraya Karak, dekat sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.

Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.

“Saya percaya kemalangan berpunca disebabkan ada kenderaan yang dibawa laju dan perlahan, namun kami akan menyiasat kemalangan itu bagi mengenal pasti punca sebenar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Azizan berkata, 13 mangsa yang terdiri daripada 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan.

Beliau berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Laporan awal mendapati bas pelancong membawa 13 penumpang (dan seorang pemandu), manakala bas ekspres Temerloh-Kuala Lumpur membawa 25 orang termasuk pemandu.

“Pemandu dua bas berkenaan hanya mengalami luka ringan manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan 30 pegawai dan anggota, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Selayang dan Bentong.

Sementara itu, pemandu treler, Aris Embong , 53, berkata, ketika kejadian itu dia memandu perlahan dan berada di hadapan kereta Toyota Vios.

“Sebelum kejadian saya nampak sebuah bas bergerak laju lalu melanggar sebuah bas yang berada di hadapannya…kemudian bas kedua (yang dilangggar) itu melanggar treler yang saya bawa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. – Bernama

Entri ! Blog Informasi Nakal Dan Panas ! Credit to http://beritamyon9.blogspot.com/2013/09/terkini-lagi-nahas-di-genting13.html

Terkini! Lagi Nahas Di Genting,13 Dikhuatiri Cedera Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/terkini-lagi-nahas-di-genting13.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s