Ketakutan ubah tatu


CONTOH modifikasi dilakukan ahli kongsi gelap. Gambar kiri sebelum modifikasi dan kanan selepas dimodifikasi.

Kuala Lumpur: Ahli kongsi gelap yang memiliki tatu dan diburu polis kini sanggup menambah tatu baru atau modifikasi tatu sedia ada bagi menutup tatu yang mempunyai lambang kongsi gelap disertai mereka sejak 17 Ogos lalu.

Malah, ada yang sanggup ke negara jiran untuk tujuan sama. Namun berikutan operasi polis di sempadan, mereka ini menggunakan khidmat pembuat tatu tempatan sama ada membuang atau modifikasi tatu sedia ada agar kelihatan bukan seperti tatu kongsi gelap.

Tinjauan Harian Metro di sekitar kedai tatu di ibu kota mendapati ada dalam kalangan ahli kongsi gelap yang mengunjungi kedai berkenaan selepas ‘kepanasan’ berikutan Operasi Cantas Khas yang dijalankan polis.



Seorang artis tatu yang mahu dikenali sebagai Mark, 25, berkata, selain kedai miliknya, ada beberapa premis lain dikunjungi ahli kumpulan kongsi gelap yang mahu melakukan modifikasi tatu asal mereka yang juga adalah lambang kumpulan yang disertai.

“Saya agak sibuk sejak minggu lalu selepas polis mendedahkan lambang tatu kongsi gelap di media dan ramai terutamanya ahli kongsi gelap datang ke kedai saya untuk modifikasi tatu asal mereka bagi menutup tatu sedia ada.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Ketakutan ubah tatu Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/ketakutan-ubah-tatu.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s