Cinta buat Aida


SEJAK kisah kontroversi ini menyelinap ke ruang media an ruang maya, ada satu soalan yang sama sering bermain di benak semua orang. Seteruk itukah dia? Apakah memang ini kerja yang sering dilakukan oleh si kacak ini?

Ops, nanti dulu. Sama ada pelakon ini melakukan perkara yang didakwa ia masih lagi kabur atau tidak, kes ini masih berada dalam siasatan pihak berwajib.

Pada 5 September lalu, Adi Putra telah menerima tamparan hebat. Seorang lelaki telah mendakwa pelakon itu telahmembuat gangguan seksual terhadap isterinya melalui perkongsian gambar lucah di laman sosial.

Lelaki dikenali sebagai Amiruddin Omar itu juga membuat laporan polis ekoran tidak berpuas hati dengan pelakon ini gara-gara ‘menganggu’ isterinya.

Susulan dari kejadian itu Adi pula, turut membuat laporan polis apabila menerima ugutan dari suami wanita terbabit.

Sungguhpun itu menjadi perkara pokok yang ingin pembaca Hits diluar sana tahu, ingin saya alihkan pandangan pembaca kepada perkongsian luahan hati pelakon ini mengenai kes yang masih panas diperkatakan.

Mengetahui ini merupakan cabaran terhebat sepanjang kehidupannya, bagi Adi Putra dia bersyukur untuk menerima ujian ini dalam keadaan yang waras. Sentiasa meletakkan isteri dan anak sebagai insan terpenting, dia tahu akan sampai waktunya kebenaran tentang perkara ini dapat dikongsi dengan semua orang.

“Ini dugaan paling hebat selama saya hidup 32 tahun sebagai manusia.

“Syukur saya menerima ujian ini dalam keadaan yang terkawal, tidak huru hara. Sebagai seorang suami, ayah dan pelakon, saya masih ada tanggungjawab sebab itu kehidupan akan diteruskan. Hidup saya masih seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ternyata kerjaya sebagai pelakon tidak menyembunyikan perasaan sebenar Adi ketika ditanya impak kontroversi ini keatas hidupnya. Terus menelan satu persatu lemparan kata-kata ‘kejam’ pelbagai pihak terhadap dirinya bagi Adi sebagai manusia dia akan terus menerima ini sebagai satu ujian dari Yang Maha Esa.

“Saya tidak kenal siapa wanita itu. Dan mengapa saya terpilih untuk dikaitkan? Juga saya pun tidak tahu,” jawabnya, jelas.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah ini satu fitnah yang sengaja dihadapkan kepadanya, ini jawapan Adi. “Saya tidak boleh nyatakan ini sebagai andaian atau fitnah. Kerana bukan saya yang berhak menjatuhkan hukum. Biarlah mereka di luar sana terus berkata-kata, kerana kita tahu ia tidak akan berhenti,” katanya.

Melihat rentetan perjalanan seni pelakon ini, tidak banyak berita mengejut yang selalu diberikan Adi kepada industri. Bagaimanapun ada persamaan yang dapat Hits kaitkan dengan kes terdahulu Adi dan kisah terbarunya ini.

Adi pernah memfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya Aida Yusof, 37, pada tahun lalu iaitu sewaktu sekembalinya dia dari tanah suci Mekah. Sungguhpun rumah tangga mereka kembali diselamatkan, kisah kali ini juga berlaku sewaktu Adi kembali ke Malaysia selepas selesai mengerjakan Umrah.

“Bercakap soal ujian, apa yang saya boleh kata, bukan mudah untuk menjadi tokoh yang hebat. Saya percaya ujian ini diberikan kepada mereka yang mampu menghadapinya. Saya tidak boleh cakap mengenai apa yang berlaku di sana, kita kena tahu ujian di tanah haram tu berbeza hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya.

Sewaktu kejadian ini mengambil tempat, selain Adi ada lagi seorang insan yang turut menerima tempias yang sama besarnya. Memberitahu keadaan hubungan dia dan isteri tidak terjejas, Adi turut menyatakan cinta yang amat mendalam buat Aida.

“Hubungan saya dan isteri semakin intim, dia bersama saya susah dan senang. Malah dia juga merupakan orang yang tidak pernah mengguris hati saya. Bila melihat ada kata-kata yang menyakitkan mengatakan isteri saya bodoh kerana percaya saya dan sebagainya, saya lihat ini sebagai ujian buat kami berdua,” jelasnya.

Keluarga percaya

Tercetusnya kejadian ini, Adi memberitahu antara reaksi pertamanya adalah mengucapkan syukur kepada Allah, sebagai tanda reda menerima apa juga dugaan. Bagaimanapun berada didalam dunia realiti dia tahu ada pihak yang perlu mengambil tempat sebagai mereka yang wajib mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

“Keluarga saya dan mertua sudah diberitahu mengenai hal ini, kami memang berjumpa dengan mereka dan memberitahu perkara sebenar. Semuanya baik dan percaya kepada saya. Jadi keluarga saya dan isteri tidak mempunyai masalah dengan perkara ini semuanya positif, “katanya.

Mencari jalan penyelesaian menggunakan pihak berwajib, bagi Adi tiada sebab untuknya bertemu dengan pengadu yang membuat dakwaan ke atas dirinya. Baginya buat masa ini menghormati undang-undang merupakan perkara terbaik untuk semua pihak.

“Biarlah undang-undang yang menyelesaikan perkara ini. Saya percaya akan ada konklusi untuk semua ini, saya tidak lihat wajib untuk berjumpa dengan pihak mereka.

“Sama ada saya akan teruskan dengan saman malu, bagi saya itu bukan sesuatu yang boleh saya komen sekarang ini selagi berada didalam siasatan,” katanya.

Melihat keadaan diri yang semakin kurus, ramai yang membuat andaian pelakon ini sebenarnya berada didalam keadaan tertekan.

Malah ada juga kata-kata liar yang bertebaran kononnya kemasukan Adi ke hospital Pusat Perubatan Prince Court pada 19 Ogos lalu juga bukan disebabkan penyakit batu karang. Sebaliknya dia dikatakan tertekan apabila mengetahui kes ini mula tersebar luas.

“Ini juga saya kena betulkan. Saya memang mempunyai surat doktor yang mengesahkan saya dimasukkan kerana batu karang.

“Ini semua andaian, mungkin disebabkan hal ini ramai yang mula mengatakan saya semakin kurus.

Sebenarnya saya memang seorang yang agak peka mengenai bentuk badan senang cerita saya jaga badan,” katanya ringkas.

-Utusan

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Cinta buat Aida Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/cinta-buat-aida.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s