Bekas guru Datuk Siti Nurhaliza dedah rahsia.


SHAH ALAM – “Berani bercakap, serta rajin membaca bahan dalam bahasa Inggeris antara tips untuk menguasai bahasa tersebut.” Demikian pendapat Fazilah Syarifah yang berpengalaman selama 23 tahun mengajar dalam subjek Bahasa Inggeris.

Menurut bekas guru Bahasa Inggeris kepada Datuk Siti Nurhaliza Taruddin itu, selain faktor tersebut, ibu bapa juga perlu memainkan peranan supaya bahasa tersebut dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Tidak dinafikan penguasaan bahasa Inggeris dalam diri pelajar di luar bandar masih perlu diperbaiki.

“Saya lihat kebanyakan mereka juga kurang berani untuk bertutur bahasa Inggeris.

“Jadi saya rasa keberanian dalam diri seseorang penting untuk kita menguasai bahasa itu,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Minggu lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Kementerian Pendidikan yang akan menetapkan bahasa Inggeris sebagai kertas wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016.

Muhyiddin membuat pengumuman tersebut ketika melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebagai usaha memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Inggeris.

Sementara itu, menyentuh pengalaman beliau sebagai guru Bahasa Inggeris kepada Siti Nurhaliza, Fazilah menyifatkan Siti sebagai seorang yang rajin berusaha serta tidak mudah mengalah.

“Beliau (Siti Nurhaliza), jenis yang suka mencuba. Tidak mudah berputus asa dan berusaha sehingga berjaya,” katanya.

Manakala menurut, Azman Yusof yang berpengalaman mengajar bahasa Inggeris selama 32 tahun, beliau berpendapat insentif daripada pelajar itu penting bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.

“Mereka (pelajar) perlu rajin berusaha sendiri, amalkan membaca surat khabar bahasa Inggeris setiap hari.

“Dalam pergaulan harian, mereka perlu juga bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun tidak lancar, insya-ALLAH lama-lama mereka akan fasih,” katanya.

Dalam nada yang sama beliau menekankan peranan ibu bapa serta guru amat penting dalam memastikan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar kita berada dalam keadaan yang baik.

“Bagi merealisasikan matlamat pelajar kita lulus subjek bahasa Inggeris untuk SPM, saya rasa peranan semua pihak harus disatukan.

“Ibu bapa terutamanya perlu memainkan peranan, sediakan bahan bahasa Inggeris untuk anak-anak di rumah.

“Sementara guru pula harus fokus ketika mengajar di dalam kelas,” katanya.

-Sumber : pilihan-anda.blogspot.com

Entri Best Malaysia Variety Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Bekas guru Datuk Siti Nurhaliza dedah rahsia. Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/bekas-guru-datuk-siti-nurhaliza-dedah.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s