Gambar kemalangan melibatkan kereta dipandu anak Ahmad Dhani


ANAK lelaki kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Abdul Qodir Jaelani cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Tol Jagorawi Bogor awal pagi Sabtu lalu.

Abdul Qodir atau lebih mesra dengan sapaan Dul, 13, ketika kejadian dilaporkan memandu kenderaan jenis Lancer Mitsubishi bersama seorang temannya untuk pulang ke Jakarta.

Dul yang juga anggota kumpulan Lucky Laki dan temannya mengalami patah tulang dibeberapa bahagian badan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Dul dan temannya kini telah dipindahkan ke sebuah hospital di Jakarta oleh Ahmad Dhani selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Depok.

Dalam kejadian itu, kereta milik Dul dilaporkan hilang kawalan dan telah merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.

Akibat rempuhan itu lima orang daripada mangsa telah meninggal dunia dan 11 lain cedera.

“Dia didakwa memandu laju sehingga hilang kawalan sebelum kenderaannya memasuki jalan arah bertentangan dan merempuh dua buah lagi kenderaan,” kata saksi kejadian.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Dhani dilaporkan baharu sahaja menghadiahkan kereta tersebut kepada anaknya bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.

Persoalan mula timbul apabila Dul masih belum cukup umur untuk memohon lesen memandu dan boleh didakwa akibat kesalahan itu.

Entri Best Malaysia Variety Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Gambar kemalangan melibatkan kereta dipandu anak Ahmad Dhani Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/gambar-kemalangan-melibatkan-kereta.html

One thought on “Gambar kemalangan melibatkan kereta dipandu anak Ahmad Dhani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s