Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak


SEREMBAN – Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, memfailkan pindaan terhadap tuntutan hak penjagaan anak-anaknya yang dibuat sebelum ini semasa prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, dekat sini, semalam.



Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie, yang mewakili Mohd Aidil selaku plaintif dalam proses tuntutan hak penjagaan Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2, selepas pasangantersebut bercerai 5 September lalu.

Rita Rudaini



Plaintif turut mengemukakan surat cadangan penyelesaian secara baik kepada Rita Rudaini Mokhtar, 37, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes berkenaan.



Rita Rudaini, yang diwakili peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memohon satu tarikh sebutan baru bagi membolehkan pihaknya meneliti tuntutan dan surat terbabit sebagai persediaan pembelaan.



Sehubungan itu, Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad, selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, menetapkan 13 November 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.



Mohd Aidil tidak hadir kerana ada komitmen kerja di Pahang.-Sinar harian

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Aidil fail pindaan tuntutan hak penjagaan anak Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/aidil-fail-pindaan-tuntutan-hak.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s