Warga Nepal bikin kecoh,Maut bergaduh hanya kerana berebut tempat duduk bas


Kishor (kanan) menceritakan punca berlakunya pergaduhan dalam bas yang berakhir dengan kematian.


HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga Nepal mati akibat dibelasah ketika cuba meleraikan pergaduhan antara rakan sekerjanya.

Mangsa, Patee Ram Radh berusia awal 30-an dipercayai mengalami kecederaan dalaman setelah dadanya dipukul dengan kasut bersalut besi milik seorang suspek.

Menurut rakan mangsa, Kishor Kumar Yadav, 21, kejadian itu berpunca daripada pertengkaran antara dia dengan dua suspek merebut tempat duduk di dalam bas ketika kesemua 32 pekerja kilang membuat rim aloi dan memasang tayar kenderaan pulang daripada kerja menuju ke asrama di Apartment Teluki.

“Saya mahu duduk tetapi berebut dengan seorang pekerja (suspek) sehingga kami bertengkar dan ketika itu Patee Ram cuba tenangkan keadaan tetapi pekerja itu terus berkasar.

“Kami hampir bergaduh di dalam bas tetapi pemandu beri amaran supaya jangan bergaduh di dalam bas. Selepas itu semuanya menjadi tenang,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Bukit Sentosa malam kelmarin.

Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu bagaimanapun tidak terhenti di situ, tetapi sebaik sampai di depan asrama dan semua pekerja turun daripada bas, dia tiba-tiba dibelasah oleh suspek bersama seorang lagi rakannya.

Menurutnya, ketika itu mangsa datang untuk meleraikan pergaduhan namun turut dibelasah dan dipukul hingga mengalami kecederaan dalaman.

Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa, Barham Dev Yadav, 27, berkata, dalam keadaan cedera mangsa telah kembali ke asrama setelah pergaduhan itu berakhir dan sesuatu mengejutkan apabila mangsa dikatakan mengadu sesak nafas dan menunjukkan perubahan negatif.

“Selepas pergaduhan reda, Patee Ram naik ke asrama dan saya bersiap-siap untuk menyiapkan makan malam.

“Tapi saya terkejut tengok Patee Ram terbaring matanya tertutup, air liur meleleh, perut dan kaki pula sejuk sedangkan saya tengok dia biasa saja tadi. Jadi saya gosok-gosok kakinya bagi panas tapi keadaannya sama saja,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan lain lantas meminta pertolongan daripada pemandu teksi menghantarnya ke klinik.

Bagaimanapun, dia terkejut setelah diberitahu mangsa meninggal dunia.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, polis menangkap tiga lelaki bagi membantu siasatan.

“Kita masih menyiasat punca sebenar kematian mangsa dan menunggu laporan bedah siasat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik kerana pihak klinik mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa ketika tiba di klinik berkenaan.

Sumber sinarharian



Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Warga Nepal bikin kecoh,Maut bergaduh hanya kerana berebut tempat duduk bas Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/warga-nepal-bikin-kecohmaut-bergaduh.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s