Kenal 4 hari , ajak kahwin


Siapa tidak terkejut, empat hari berkenalan sudah berani ajak kahwin.

Kenyataan itu membuatkan Fouziah Gous, 30, menyangka lelaki yang dipertemukan dengannya atas urusan perniagaan, kurang siuman.

Walaupun menganggap luahan jejaka yang dikenali sebagai Md Zhafran Md Yusof, 30, sekadar gurauan, jodoh mereka seakan sudah tertulis apabila semakin dijauhi, kelibatnya pula yang sering datang membantu.

Kenal 4 hari , ajak kahwin

“Ketika diperkenalkan, saya simpan nombor Zhafran di telefon yang tidak mungkin saya angkat. Iyalah, apabila dia terus ajak kahwin selepas empat hari kenal, saya jadi kurang selesa. Kalau berhubung pun atas dasar perniagaan.

“Kebetulan telefon bimbit utama yang memuatkan nombor penting hilang. Tinggal satu lagi telefon yang saya kenal Zhafran saja. Minggu itu memang macam-macam berlaku, termasuk tayar pancit, kereta rosak dan sebagainya.

“Ketika itu, saya nampak Zhafran saja. Dialah penyelamat setiap kali saya dalam kecemasan. Dari situ, saya sedar, dia bukan main-main. Malah Zhafran pernah menyuarakan dia mimpi menikahi saya,” katanya selepas majlis pernikahan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, malam kelmarin.

Berwakilkan abang sulungnya, aktres jelita itu sah bergelar isteri pada jam 9.40 malam pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu.

Menerima mas kahwin RM1,112 dan wang hantaran RM50,000, Fouziah turut menerima tujuh dulang hantaran berupa wangian, barang kemas, telekung dan manisan berbalas sembilan dulang. -BH

Entri Best Malaysia Variety Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Kenal 4 hari , ajak kahwin Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/kenal-4-hari-ajak-kahwin.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s