Anggota penguat kuasa digomol tukang urut


Kuala Lumpur: Anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL) terpaksa ‘bergomol’ dengan empat tukang urut wanita warga Vietnam yang bertindak agresif dalam usaha melepaskan diri daripada kepungan selepas premis tempat mereka bekerja di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Miharja, Cheras, di sini, diserbu kelmarin.

Bagaimanapun, cubaan empat wanita terbabit gagal, malah pemeriksaan lanjut mendapati semua mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL, Penolong Pengarah Imigresen James Musa Singa berkata, keempat-empat tukang urut terbabit bukan saja menjalankan perkhidmatan urut badan ke badan (B2B), tetapi turut menawarkan khidmat seks.

“Dua anggota penguat kuasa yang menjalankan serbuan terlebih dulu menyamar sebagai pelanggan dengan memerhati operasi premis itu dan aktiviti pelanggan lain.

“Selepas diyakini premis itu mengupah pekerja wanita warga asing, barulah serbuan dibuat,” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan Op 6P jam 2.30 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang juga penjaga pusat urut refleksologi itu bagi membantu siasatan.

Foto
SEORANG pelanggan sedang asyik dilayan tukang urut.

“Selain itu, dalam operasi sama, kami turut menyerbu tiga lagi premis yang menjalankan aktiviti urut refleksologi di Desa Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail.

“Seramai 22 warga asing termasuk pelanggan diperiksa dan hasilnya kami menahan lima lagi wanita warga China kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. Beliau berkata, lelaki tempatan yang ditahan pula akan didakwa mengikut Seksyen 55B akta sama kerana kesalahan mengambil pekerja warga asing yang tidak memiliki sesuatu pas yang sah. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum 12 bulan.

“Semua warga asing berusia 20 hingga 48 tahun itu kemudian dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, JIWPKL, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Duta untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Sumber myMetro


Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Anggota penguat kuasa digomol tukang urut Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/anggota-penguat-kuasa-digomol-tukang.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s