Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR – Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013, Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, lima hari selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Polis Daerah Sepang, Superitendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama berkata, pelumba berusia 17 tahun itu meninggalkan dunia pada pukul 1 tengah hari akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim

Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat, yang beraksi dalam kelas 250cc, dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.

Satish meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada hari yang sama selepas mengalami kecederaan serius di kepala manakala Muhammad Izzat, yang turut mengalami kecederaan parah, dihantar ke HKL.

Berikutan kemalangan itu, perlumbaan pusingan keempat MSS 2013 ditangguhkan. – Bernama

Entri Best Malaysia Variety Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia Meninggal Dunia Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/pelumba-kejuaraan-motosikal-super-siri.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s