Celup Ayam Dalam Perwarna Perbuatan Salah – Dr Subramaniam


imej ayam kampung ori

PUTRAJAYA: Perbuatan mencelup ayam dalam cairan pewarna bagi tujuan menipu pengguna kononnya itu ayam kampung adalah salah di sisi undang-undang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

“Setakat ini pewarna yang dikesan tidak menjejaskan kesihatan dan diguna oleh industri makanan lain. Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh guna pewarna itu untuk menipu pengguna,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang menyebut ada segelintir peniaga ayam bertindak mencelup daging ayam ternak dalam cairan pewarna kuning, dipercayai anilina, agar ayam itu menyerupai ayam kampung.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan terus mengambil sampel ayam untuk siasatan lanjut.

Setakat ini sampel positif ialah sampel yang diambil di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penambahan bahan pewarna yang dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak dibenarkan di dalam daging ayam dan satu kesalahan menurut Seksyen 13B(2) (d) Akta Makanan 1983.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, katanya dalam kenyataan yang diedar kepada wakil media.

Beliau berkata setakat ini keputusan analisis menunjukkan ada sampel yang diambil pihaknya mengandungi pewarna Tartrazine dan Sunset Yellow FCF.

Sehubungan itu peniaga terlibat akan dikenakan tindakan, katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan dalam sidang akhbar berkenaan.

Menurutnya penggunaan anilina sebagai pewarna di dalam makanan adalah dilarang mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

“Mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan, boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya,” kata Dr Noor Hisham.

Beliau juga meminta pengguna yang ragu-ragu dengan status keselamatan makanan di pasaran tempatan agar memaklumkannya kepada pejabat kesihatan daerah, negeri atau terus ke kementerian menerusi laman sesawangnya.

-BERNAMA


Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Celup Ayam Dalam Perwarna Perbuatan Salah – Dr Subramaniam Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/celup-ayam-dalam-perwarna-perbuatan.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s