Teman Lelaki Nodai Pelajar Didalam Semak


Teman Lelaki Nodai Pelajar Didalam Semak

KEMAMAN – Kegembiraan keluar bersiar-siar bersama teman lelaki bertukar menjadi detik hitam buat seorang pelajar tingkatan satu apabila dirog ol teman lelakinya itu di dalam semak tepi jalan Kampung Chabang, Kerteh, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 13 tahun keluar bersama teman lelaki berusia 18 tahun yang baru dua bulan dikenalinya, dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun apabila tiba di lokasi kejadian, suspek yang bekerja sebagai buruh di Lapangan Terbang Kerteh secara tiba-tiba memberhentikan motosikal ditunggangi itu sebelum membawa mangsa ke dalam semak lalu memperkosanya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, keluarga mangsa mengetahui kejadian yang berlaku pada anak mereka selepas mangsa pulang ke rumah.

“Keluarga mangsa kemudiannya membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kerteh seterusnya melakukan pemeriksaan di Hospital Kemaman.

“Pemeriksaan doktor ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyak lama pada kemaluan mangsa. Justeru, kita akan lakukan siasatan lanjut,” katanya.

Polis kini sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merog ol.

Sementara itu, Che Suza turut menasihati ibu bapa agar mengawasi pergerakan dan pergaulan anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku.

Malah, remaja perempuan juga diingatkan tidak terlalu cepat mempercayai orang yang baru dikenali demi keselamatan diri.-sinar harian

Entri ! Blog Informasi Nakal Dan Panas ! Credit to http://beritamyon9.blogspot.com/2013/09/teman-lelaki-nodai-pelajar-didalam-semak.html

Teman Lelaki Nodai Pelajar Didalam Semak Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/teman-lelaki-nodai-pelajar-didalam-semak.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s