Isteri Nafi Aaron Aziz Terlibat Kemalangan Maut Di Luar Negara


PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik, menafikan khabar angin yang mengatakan suaminya terlibat dalam kemalangan maut di Switzerland seperti mana dihebohkan di sebuah laman Facebook dan blog luar negara.

Sebaliknya, Diyana Halik, 30, berkata, Aaron kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 di Cape Town, Afrika Selatan.

“Saya baru terbaca berita ini dan terkejut kerana ia tidak benar sama sekali kerana suami saya kini berada di Cape Town dan bukannya di Switzerland seperti yang dilaporkan.

“Saya sudah bercakap dengan dia dan tiada apa-apa yang berlaku, sekarang dia sedang tidur,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Diyana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita kemalangan yang dilaporkan sebuah agensi berita antarabangsa, Global Associated News, pada Isnin.

Berita tersebut melaporkan bahawa Aaron meninggal dunia selepas terjatuh ketika meluncur papan salji di sebuah resort di Zermatt, Switzerland.

Terdahulu, aktor kelahiran Singapura itu mengalami sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Cape Town bagi menjalani penggambaran program Fear Factor Malaysia 2.

Aaron berlepas ke negara itu bersama kru produksi pada Jumaat lalu. —–>Mstar Online

Entri Best Malaysia Variety Credit to GossiPstarDay

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Isteri Nafi Aaron Aziz Terlibat Kemalangan Maut Di Luar Negara Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/09/isteri-nafi-aaron-aziz-terlibat.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s