(GOSIP)Aril AF Sudah Bertunang, Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi?


Lama tidak mendengar perkembangan terbaru Aril AF, tup-tup semalam Abang Nara mendapat sebuah email yang mendakwa Aril sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Menurut si pengirim email, bakal isteri Aril adalah seorang pramugari dan berasal dari Kelantan. Pandai Aril pilih sebab orangnya memang cantik molek.

aril af bertunang

Sekali pandang memang nampak kemesraan terserlah antara mereka berdua. Namun mungkin juga mereka sekadar kawan baik. Tidak diketahui kesahihan dakwaan ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada Aril sendiri. Kalau benar, Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Aril. Memang dah sampai masa untuknya bergelar suami.

aril af bertunang

aril af bertunang

aril af bertunang

aril af bertunang

-Beautifulnara.com

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

(GOSIP)Aril AF Sudah Bertunang, Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi? Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/gosiparil-af-sudah-bertunang-bakal.html

‘Tolong…Aku dah tak larat’


Tanjong Karang: “Tolong…Aku dah tak larat!!!,” itu jeritan terakhir seorang remaja, Mohd Ijjuddin Sanusi, 15, sebelum tenggelam ketika sedang berenang bersama lima rakannya di Sungai Tengi, Kampung Ampangan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang difahamkan baru pandai berenang serta mengalami kecederaan otot selepas bermain bola sepak sehari sebelum kejadian dipercayai mengalami kekejangan ketika mahu menyeberangi sungai selebar 30 meter berkenaan sebelum cuba diselamatkan rakannya.

Foto

Seorang daripada rakan mangsa yang juga saksi kejadian, Mohd Riduan Abd Hamid, 17, berkata, kejadian itu kali pertama Ijjuddin berani berenang menyeberangi sungai berkenaan walaupun sudah beberapa kali diajak berbuat demikian sebelum ini.

“Sebelum ini, dia hanya berani berenang di tepi saja.

“Ketika kejadian, kami berusaha menyelamatkannya, namun gagal sebelum dia tenggelam dan hilang daripada pandangan kami,” katanya semalam.-Hmetro

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

‘Tolong…Aku dah tak larat’ Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/tolongaku-dah-tak-larat.html

Gadis Keluar dari Liang Lahat Setelah Diperkosa dan Dikubur Hidup-hidup


ISLAMABAD- Seorang gadis remaja berjaya mengeluarkan diri dari sebuah kuburan dangkal setelah dia diperkosa dua lelaki dan ditanam hidup -hidup. Gadis 13 tahun itu diculik saat berjalan dari desanya di Punjab untuk mengikuti pelajaran Al Quran. Gadis malang itu kemudian diperkosa kedua-dua lelaki itu di kawasan terpencil . Para penyerangnya lalu menanam dia hidup- hidup ketika mereka berfikir bahawa gadis itu telah meninggal dalam pemerkosaan tersebut .


Namun, gadis itu kembali sedar dan berjaya keluar dari kubur berlumpur itu . Ia lalu melambaikan tangan untuk meminta tolong kepada seseorang yang melintas.


Gadis itu dibawa ke pusat perubatan dan selamat dari penderitaan mengerikan .


Menurut harian New York Post , ayah gadis itu , Siddique Mughal , mengatakan kepada polis tempatan bahawa putrinya telah diculik . Namun , awalnya polis menolak untuk menyiasat insiden tersebut. Mereka akhirnya diperintahkan untuk menangkap suspek penyerang gadis itu oleh Ketua Mahkamah Tinggi Lahore . Seorang hakim daerah Tek Sing Toba, di mana serangan itu berlaku , juga diminta untuk menyiasat kes tersebut .


Pemerkosaan terhadap anak- anak semakin meningkat di Pakistan. Menurut agensi perlindungan anak Pakistan, Sahil , jumlah anak yang diperkosa antara tahun 2002 dan 2012 meningkat dari 668 menjadi 2.788 kes.


Salah satu kes yang paling menonjol adalah yang menimpa Kainat Soomro yang diserang empat lelaki ketika dia baru berusia 13 tahun pada 2007. Tragisnya lagi , gadis itu justru disingkirkan oleh warga desanya setelah berbicara melawan para penyerangnya . Gadis itu malah dijuluki sebagai ” kari ” atau ” perawan hitam”.


Walau keluarganya diperintahkan untuk membunuhnya demi membebaskan mereka dari rasa malu, keluarganya tetap membelanya walaupun ada ancaman kekerasan terhadap mereka. Ayahnya dan salah seorang saudara laki -lakinya dipukul . Seorang kakak laki -lakinya yang lain hilang dan kemudian ditemui mati.


Gadis itu berjuang untuk mendapatkan keadilan . Namun , suspek pemerkosanya akhirnya dibebaskan. Dia mengatakan kepada akhbar pada awal tahun ini bahawa keluarganya telah kehilangan segalanya.


Sumber kompas.com



Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Gadis Keluar dari Liang Lahat Setelah Diperkosa dan Dikubur Hidup-hidup Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/gadis-keluar-dari-liang-lahat-setelah.html

Apabila Mila Jirin bertudung (7 Gambar)


Alhamdulillah, seorang lagi artis sudah bertudung. Tapi kalau tak silap, Mila bertudung sebab menjadi duta untuk produk tudung, Ummi Riaz dan dia bergambar ketika majlis promosi tudung tersebut. BTW, Mila nampak tua sangat bila bertudung. Hew hew hew. Gambar penuh selepas ini.

-mediamalaya.com

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Apabila Mila Jirin bertudung (7 Gambar) Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/apabila-mila-jirin-bertudung-7-gambar.html

Tiada yang pelik ! Orang Kurang Upaya buat terjunan udara di Everest


Kopp dilaporkan selamat selepas melakukan terjunan.


KATHMANDU – NEPAL. Seorang pesakit saraf sclerosis menjadi orang kurang upaya pertama (OKU) membuat terjunan udara di Gunung Everest.



Marc Kopp, 55, dari Perancis melakukan terjunan itu dengan selamat sebelum dibawa ke hospital.



“Walaupun letih tetapi saya bangga dengan pencapaian ini,” katanya.



Menurutnya, beliau mengidap penyakit itu sejak sedekad lalu, laporan dipetik dari AFP.


Sumber sinarharian



Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Tiada yang pelik ! Orang Kurang Upaya buat terjunan udara di Everest Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/tiada-yang-pelik-orang-kurang-upaya.html

Bubuh arak dalam masakan


KUANTAN – Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.



Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.



Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Bubuh arak dalam masakan



Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.



“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.



Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.



“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.



Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.



Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.



“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.



“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.



Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.



Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.-Sinarharian

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Bubuh arak dalam masakan Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/bubuh-arak-dalam-masakan.html

Sebuah Hotel kat Jerantut,Bubuh arak dalam Masakan


Dua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut.


KUANTAN – Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.



Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.



Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.



Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.



“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.



Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.



Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.



“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.



Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.



Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.



“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.



“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.



Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.



Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.


Sumber sinarharian



Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Sebuah Hotel kat Jerantut,Bubuh arak dalam Masakan Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/sebuah-hotel-kat-jerantutbubuh-arak.html