Mayat Dua Lelaki Ditemui Dalam But Kereta Proton Waja


Mayat dua lelaki ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat serta muka ditutup dengan plastik lut sinar di dalam but sebuah kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Bagan Serai.

Mayat Ting Liong Chin, 28, yang berasal dari Cheras dan Seu Hong Chee, 19, dari Kepong, Kuala Lumpur, ditemui dalam but kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu kira-kira pukul 4.05 petang Jumaat.

Menurut seorang pekerja di hentian itu yang enggan dikenali, beliau melihat kereta itu dalam keadaan mencurigakan selepas terhidu bau busuk dan terdapat banyak lalat di kereta berkenaan.

“Kereta yang berkunci ini berada di sini sejak pukul 7.30 petang semalam. Saya tidak pasti siapa yang tinggalkan kereta di sini dan melaporkan perkara itu kepada polis,” katanya.

Polis telah memecah tingkap kereta berkenaan untuk membuka but kereta sebelum menemui dua mayat berkenaan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Entri Best Malaysia Variety Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Mayat Dua Lelaki Ditemui Dalam But Kereta Proton Waja Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/mayat-dua-lelaki-ditemui-dalam-but.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s