Empat terbunuh


KUALA BERANG: “Saya sungguh menyesal kerana desak emak datang juga walaupun mulanya dia cakap tak boleh datang,” kata Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, anak Mek Kenanga Bakar, 50, seorang daripada empat mangsa maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 2 Jalan Ajil-Pengkalan Berangan, dekat sini, petang tadi.

Mek Kenanga dari Kampung Gong Kenangan, Kuala Terengganu meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala adik angkatnya, Che Mah Awang, 44, bersama suami Abdullah Mamat, 54, dari Kampung Tok Gebok, Ajil, maut di tempat kejadian.

Ketika itu, kesemua mangsa dalam perjalanan melawat Raja Mohamad Tarmizam yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cenderawasih, Cador, Marang.

Foto

Seorang lagi mangsa, Jusoh Ibrahim, 39, dari Kampung Tengah, Merchang, Marang, turut terbunuh di tempat kejadian.Raja Mohamad Tarmizam berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu apabila dimaklumkan rakannya kira-kira 6.30 petang tadi.

“Ketika itu saya baru bangun tidur dan hairan kenapa ibu saya belum tiba. Apabila mendapat tahu emak meninggal dunia, memang saya tak dapat menerima kenyataan sebab saya beriya menyuruh dia datang melawat,” katanya ketika ditemui di Bilik Kecemasan HHT.

Sementara itu, isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, dia dan mangsa baru bernikah kira-kira sebulan lalu.

“Arwah suami bekerja di Marang dan setiap hari berulang-alik ke Ajil. Saya sendiri bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah ke Marang, tetapi tak menyangka kejadian ini berlaku,” katanya.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 4.40 petang itu, Proton Wira yang dipandu Jusoh dari arah Marang, masuk ke laluan sebelah kanan sebelum bertembung dengan Proton Saga dipandu Abdullah dari arah bertentangan.

——> Hmetro

Entri Best Malaysia Variety Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Empat terbunuh Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/empat-terbunuh.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s