Pesakit cabul jururawat


Nora menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Segamat berhubung kejadian menimpanya.


SEGAMAT – Seorang jururawat di sebuah klinik swasta di sini, mendakwa dia dicabul seorang pesakit yang mahu mendapatkan rawatan, petang kelmarin.

Mangsa, Nora (bukan nama sebenar), 29, berkata, ketika kejadian, pesakit lelaki berumur 40-an itu mahu mendapatkan rawatan lanjut kerana sakit di bahagian telapak tangan kanannya.

Menurutnya, lelaki tersebut kemudian dibawa berjumpa pegawai perubatan dan kelihatan tangannya seperti membengkak.

“Kebetulan, saya yang masuk ke bilik rawatan lalu di sebelahnya dan tiba-tiba terasa objek keras seperti tangan di punggung saya.

“Saya sangka seluar yang saya pakai tersangkut pada bucu meja sebelum tersedar lelaki itu meraba punggung saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menyedari kejadian tersebut, dia segera menepis tangan lelaki berkenaan dan memarahinya disebabkan malu dengan insiden kurang sopan itu.

Doktor juga bertindak memarahi lelaki itu kerana melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap kakitangannya.

Menurutnya, atas nasihat majikan dan rakan sekerjanya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat selepas kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak kami sedang giat mengesan lelaki tersebut untuk membantu siasatan dan saya nasihatkan kepada setiap klinik swasta supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

Sumber sinarharian



Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Pesakit cabul jururawat Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/pesakit-cabul-jururawat.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s