Twitter Boleh Bikin Orang Berbalah – Rosyam Nor


PETALING JAYA: Penerbit filem dan pelakon Rosyam Nor menyifatkan kegilaan terhadap penggunaan laman sosial seperti Twitter boleh menjadi satu perdebatan jika pengguna memuat naik mesej-mesej yang boleh menimbulkan kemarahan.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 46, berkata, penggunaan laman sosial berkenaan sepatutnya digunakan ke arah yang lebih positif jika tidak, ia boleh merosakkan pemikiran manusia tanpa sedar.

“Sekarang ini orang ramai guna Twitter untuk luah perasaan dan ia menjadi satu perkara yang normal.

“Secara tidak sedar, ada yang mengaibkan diri sendiri, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain sehingga ia menimbulkan pergaduhan,” katanya yang ditemui pada sidang media Festival Drama Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 di Terrace, pusat beli belah Bangsar (BSC) di sini pada Rabu.

Sementara itu, Rosyam juga gembira apabila watak Tailong dalam filem KL Gangster 2lakonannya benar-benar memikat hati penonton sehingga membuatkan peminatnya lupa dengan watak lama dia dalam filem Castello.

“Saya gembira Tailong benar-benar memberi kesan yang sangat mendalam buat penonton. Selepas ini filem Balistik pula bakal muncul.

“Harap-harap lakonan saya dalam filem tersebut juga memberi kesan buat penonton,” tuturnya.-mStar

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Twitter Boleh Bikin Orang Berbalah – Rosyam Nor Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/twitter-boleh-bikin-orang-berbalah.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s