Wawa Zainal bakal disingkir?


David Teo

BERITA perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafril serta kelahiran seorang bayi pada 24 Ogos lalu bukan sahaja mengejutkan media dan peminat malah pihak pengurusan Wawa sendiri iaitu Metrowealth International Group (MIG).

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar David Teo berkata, beliau juga terkejut sebaik menerima berita itu kerana tidak mengetahui pernikahan dua pelakon berkenaan.

“Dua bulan lalu saya ada berjumpa dengan Wawa kerana dia memaklumkan sedang mengalami penyakit misteri. Apatah lagi ketika dia sedang bercakap dengan saya, tiba-tiba dia berzikir.

“Itu yang saya nampak misterinya dan saya suruh dia cepat-cepat balik ke Sabah untuk berubat. Dia berjanji akan pulang selepas Aidilfitri tapi sampai sekarang dia belum balik ke sini lagi. Ketika dia datang jumpa saya tu, dia bertudung.

“Kemudian dia tidak muncul-muncul dan Ahad lalu keluar cerita dia sudah berkahwin dan ada anak, saya pun terkejut,” jelasnya.

David berkata, andai benar Wawa sudah berkahwin dan mempunyai anak, tiada apa-apa tindakan akan diambil ke atas teraju utama Budak Pailang itu sebaliknya mereka masih mengalu-alukan kepulangan Wawa kerana artis kelahiran Lahad Datu itu masih artis naungan MIG.

“Wawa tetap artis kami. Sekiranya dia mahu kembali dalam syarikat ini, kami akan menerimanya. Sekiranya ada sebarang perubahan dalam kontrak, kami akan berbincang bersama dia (Wawa),” katanya.

David juga memaklumkan dia ada bercadang mahu melawat Wawa di Sabah tetapi pelakon itu tidak membenarkan majikannya itu datang ke kampung halamannya.

Usaha Zass untuk mendapat kepastian daripada Wawa Zainal yang difahamkan hadir ke majlis tersebut gagal kerana aktres cantik itu tidak dapat hadir pada saat-saat akhir.-Sinar harian

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Wawa Zainal bakal disingkir? Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/wawa-zainal-bakal-disingkir.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s