Rupanya ! Bunyi Pesawat boleh ancam nyawa


Tahap bunyi bising yang tinggi boleh meningkatkan tindak balas hormon dan tekanan darah.


HEATHROW – UNITED KINGDOM. Mereka yang tinggal berhampiran kawasan lapangan terbang dan terdedah kepada bunyi bising pesawat dipercayai berisiko lima kali ganda lebih tinggi meninggal dunia akibat strok dan penyakit jantung.



Sainstis di Imperial College London dan King College London menjalan kajian ke atas 3.6 juta penduduk yang tinggal berhampiran Heathrow di barat London mendapati, bunyi bising mampu meningkatkan tindak balas hormon dan tekanan darah selain mengganggu tidur.



Kajian itu dilakukan di 12 daerah di London dan sembilan daerah di luar London dengan kekerapan bunyi pesawat melebihi 50 desibel.



Ketua penyelidik, Dr Anna Hansell berkata, kawasan dengan tahap bunyi bising pesawat yang tinggi boleh mengancam nyawa antara 10 hingga 20 peratus berbanding kawasan kurang bunyi bising.



“Punca sakit teruk disebabkan terdedah kepada bunyi bising masih belum dapat dibuktikan, namun amat munasabah ia mampu menyumbang kepada peningkatan tekanan darah yang seterusnya menyebabkan strok,” katanya pada laporan Daily Mail.


Sumber sinarharian



Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Rupanya ! Bunyi Pesawat boleh ancam nyawa Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/rupanya-bunyi-pesawat-boleh-ancam-nyawa.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s