Seorang lelaki maut dalam keadaan kaki kirinya putus


Jasin: Seorang lelaki maut dalam keadaan kaki kirinya putus manakala rakannya turut terbunuh dihempap pacuan empat roda dinaiki dalam kemalangan di Kilometer 174.9, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang, mangsa Megat Saiful Farhan Megat Zaidi, 22, beralamat di Taman Putri Mas, Simpang Renggam, Johor dan rakannya Nur Azleeza Ismail, 23, beralamat di Ladang Sedenak, Kulai, Johor dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas pacuan empat roda dipandu Megat Saiful Farhan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang lebuh raya sebelum terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.

Jurucakap polis berkata, Megat Saiful Farhan yang putus kaki kiri dan Nur Azleeza yang parah di bahagian kepala akibat dihempap kenderaan itu maut di tempat kejadian.Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis, kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan yang hilang kawalan itu terbabas ke kiri jalan dan merempuh besi penghadang lebuh raya hingga menyebabkan besi itu patah beberapa bahagian.

-Hmetro

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Seorang lelaki maut dalam keadaan kaki kirinya putus Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/seorang-lelaki-maut-dalam-keadaan-kaki.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s