Henti sebar berita palsu serangan Sulu


PULAU BANGGI – Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek memberi amaran kepada pihak yang sering menyebarkan berita palsu tentang serangan Sulu supaya segera menghentikan kegiatan mereka.

Menurut Mentek, mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang sekiranya terus mensensasikan berita berkenaan.

“Kita amat kesal kerana akhir-akhir ini wujud orang tertentu yang sengaja menyebarkan berita palsu melalui Internet, surat dan panggilan telefon bertujuan menakutkan penduduk,” katanya pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha Masjid Kampung Karakit di sini.

“Jika dengar cerita kurang baik, rujuklah kepada balai polis berhampiran.

“Mahupun rujuk kepada Esscom untuk mendapatkan kesahihan sama ada berita itu betul atau palsu,” ujarnya.

Mentek turut mengajak penduduk pulau, khususnya di Pulau Banggi, supaya menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan kedaulatan negara.

Tambah Mentek lagi, langkah itu penting bagi memastikan tindakan segera diambil untuk mengekang kemasukan penceroboh.

Ujar Mentek, insiden serangan pencerobohan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu awal Mac lepas seharusnya diambil iktibar memandangkan keadaan sekarang tidak lagi sama seperti sebelum ini.

“Ancaman dan serangan boleh berlaku bila-bila masa, jika kita leka dan alpa menjaga kedaulatan dan keselamatan negara kita.

“Keluasan pantai Sabah sepanjang 1,773 km dari Kudat ke Tawau dan bilangan 486 pulau di kawasan perairan negeri ini menjadi faktor pendorong kemasukan pendatang ke Sabah,” jelasnya.

Mentek berharap kesedaran tentang pentingnya pengorbanan sempena Hari Raya Aidiladha dapat membantu membuahkan hasil yang baik kepada diri dan masyarakat ke arah melahirkan negara yang aman dan sejahtera.

“Sesungguhnya pengorbanan sangat dituntut dan kita sama-sama harus bangkit dengan semangat ’Badar Al-Kubra’ untuk berjuang mempertahankan kedaulatan negara dan mencari hidayah Allah,” katanya.

— Bernama




Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Henti sebar berita palsu serangan Sulu Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/henti-sebar-berita-palsu-serangan-sulu.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s