Pesta liar sampai pagi


GEORGETOWN: Sekumpulan 18 penuntut kolej dan seorang anggota polis Bukit Aman ditahan selepas mereka mengadakan pesta dadah di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong, kira-kira 8 pagi semalam.

Penahanan semua kumpulan remaja yang berusia lingkungan 20-an itu dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan yang mendakwa terdengar bunyi bising di sebuah unit kediaman terbabit.

Foto

Polis yang tiba di pangsapuri terbabit kemudian membuat pemeriksaan dan menahan 38 individu dan hasil ujian air kencing mendapati 18 daripada mereka positif dadah jenis syabu dan ganja.

Difahamkan, mereka sebelum itu menghadiri satu pesta liar berhampiran pantai di Batu Ferringhi, di sini, sebelum berlarutan hingga ke pangsapuri berkenaan.

Kumpulan remaja terbabit dikatakan mengadakan pesta liar berkenaan dengan menjemput rakan secara eksklusif melalui laman sembang dan berkumpul beramai-ramai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahan semua suspek.

Menurutnya, semua mereka sudah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan reman hari ini.-Hmetro

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Pesta liar sampai pagi Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/pesta-liar-sampai-pagi.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s