Perak Negeri Kedua Termiskin di Malaysia


Perak Negeri Kedua Termiskin di Malaysia

IPOH – Statistik menunjukkan Perak sebagai negeri yang memiliki isi rumah miskin serta miskin tegar kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia baru-baru ini disifat mengejutkan.

Timbalan Pengerusi DAP Negeri, V Sivakumar berkata, statistik diperoleh daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri itu jelas membuktikan Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik khususnya dalam menangani masalah kemiskinan.

Menurutnya, rekod diberikan juga mendapati, tahun lalu terdapat seramai 908 bilangan isi rumah miskin tegar di negeri ini, manakala jumlah isi rumah miskin di Perak iaitu 8,600 orang.

“Kita dapati jumlah ini sangat tinggi berbanding negeri lain dan agak membimbangkan.

“Perbandingan jumlah isi rumah miskin tegar di Malaysia Barat pula menunjukkan Perak mencatatkan peratusan memeranjatkan iaitu sebanyak 16.36 peratus.

“Begitu juga dengan jumlah isi rumah miskin di negeri ini yang mencatat 16.22 peratus daripada jumlah direkodkan untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Berdasarkan statistik sama, Kelantan dikenal pasti memiliki bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin paling ramai di Semenanjung Malaysia iaitu seramai 1,048 dan 8,800 orang.

Bagaimanapun, bagi kategori miskin tegar, Perak menduduki tempat kedua iaitu 908 isi rumah diikuti Pahang (720) dan Kedah (644).

Perak juga muncul di tempat kedua bagi kategori miskin dengan mencatatkan 8,600 isi rumah diikuti Kedah (7,400) dan Johor (7,000).

Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata, kerajaan negeri seharusnya mengambil langkah wajar bagi mencapai ‘miskin sifar’ untuk tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, Perak pernah menjadi negeri terkaya dan termasyhur, tetapi malangnya pada hari ini menjadi negeri kedua mencatat jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar.

“Kerajaan negeri sewajarnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi di negeri ini kerana dalam keadaan sebegini pun, mereka (kerajaan negeri) dilihat masih ‘boros’ melaksanakan projek-projek yang tidak berfaedah kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Entri Terbakor ! Credit to Terbakor Admin

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Perak Negeri Kedua Termiskin di Malaysia Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/10/perak-negeri-kedua-termiskin-di-malaysia.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s