10 Gambar Pembuatan GARAM Secara Tradisional


Entri 10 Gambar Pembuatan GARAM Secara Tradisional was Re-written article and some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources. Due Respect and Credit to Inda Lastari

10 Gambar Pembuatan GARAM Secara Tradisional Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/10-gambar-pembuatan-garam-secara.html

Advertisements

Memperkenalkan seluar dalam Anti Pemerkosaan


Seluar yoga dan seluar pendek anti rogol akan segera dipasarkan. Bahan seluar ini sangat sukar dirobek dan dipotong.


“Sehingga perempuan dan anak perempuan boleh mempunyai lebih banyak kekuatan untuk mencegah tindakan kekerasan seksual ,” ujar Indiegogo yang mengkampanyekan AR Wear, seperti dipetik nydaily , Kamis ( 13/11/2013 ) .


Ruth dan Yuval yang merancang mengatakan , seluar dalam pantas terpakai dalam situasi berbahaya , misalnya saat perempuan ingin clubbing, dating pertama, berjalan sendiri di malam hari atau berpergian ke luar negeri.


Mereka berkata, idea membuat seluar anti rogol muncul tahun lalu setelah melihat berita tetang seorang perempuan menjadi korban perkosaan orang- orang terdekat . Ia berfikir saat ada sesuatu yang boleh melambatkan serangan sehingga korban boleh mencari pertolongan.


Yuval lalu bekerjasama dengan Ruth yang hampir menjadi mangsa rogol sebanyak dua kali untuk mewujudkan ideanya tersebut .


” Kenangan bagaimana pakaiannya dalam ditarik ke bawah begitu cepat membuat dia percaya AR Wear boleh berkesan untuk mencegah beberapa perkosaan dengan menyebabkan kelewatan ,” katanya.


Mereka menjelaskan , seluar mempunyai struktur rangka inovatif dengan kunci pemakaianya di pinggang sehingga sukar tertarik atau koyak. Mereka juga mendakwa seluar selesa.


Sumber inilah.com


Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Memperkenalkan seluar dalam Anti Pemerkosaan Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/memperkenalkan-seluar-dalam-anti.html

Pengikut Siti Nurhaliza dan KJ Berbalah Kerana Twitter


PETALING JAYA: Gara-gara status Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menerusi akaun Twitter miliknya, pengikut kedua-dua selebriti itu berbalah sehingga ada di antara mereka mengeluarkan kata-kata kurang manis.

Kebanyakan status Twitter lebih dilihat menghentam Siti apabila mereka menyifatkan penyanyi itu tidak sepatutnya mengeluarkan status berkenaan kepada seorang menteri.

“Kalau dah orang tua tak faham bahasa ini, kena lantang sedikit. Oh lupa, akak (Siti) tidak pernah beratur beli tiket,” kata salah seorang pengikut Khairy.

Pada Selasa lalu, Siti melalui akaun Twitter miliknya @CTNurhaliza11 telah menegur Khairy dengan menyifatkan menteri itu terlalu lantang menegur sesuatu dan perbuatan tersebut dilihatnya seolah-olah agak biadab terhadap pemimpin yang lebih veteran.

Siti kepada sebuah akhbar pada Rabu berkata, beliau sekadar menegur kerana perkataan ‘budak suruhan’ yang dikatakan oleh Khairy i agak kurang manis apatah lagi beliau merupakan seorang menteri muda yang dipandang tinggi.

Terdahulu Khairy telah mengkritik bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir apabila menyifatkannya sebagai ‘budak suruhan’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam pada itu, pengikut Twitter Khairy (@Khairykj) meminta Siti supaya tidak masuk campur dengan perbalahan tersebut selain menganggap Siti kurang peka mengenai perasaan penonton bola sepak negara.

Bagaimanapun peminat Siti dilihat lebih berhemah dalam membalas komen-komen peminat Khairy dengan mengatakan mereka tidak faham maksud yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu.

“Datuk Siti tegur tentang hormat antara tua dan muda. Tiada kaitan dengan politik atau bola. Yang beri respons, pandai baca ke tidak?” kata salah seorang pengikut Twitter Siti.

Dalam pada itu Siti Nurhaliza yang dihubungi melalui pengurusnya, Rozi Razak pada Rabu bagi mengulas mengenai perbalahan berkenaan enggan memberi komen kerana tidak mahu perkara itu terus berpanjangan.

Sumber mStar Online


Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Pengikut Siti Nurhaliza dan KJ Berbalah Kerana Twitter Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/pengikut-siti-nurhaliza-dan-kj-berbalah.html

Batman bin Suparman berjaya ditangkap


KAD pengenalan yang mengandungi nama warga Singapura, Batman bin Suparman.



SINGAPURA – Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah.


Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengena- lannya ialah Batman bin Suparman.

Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284).

Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.

Ketika dijatuhkan hukuman, mahkamah diberitahu, Batman masih muda dan dia telah ditangkap buat kali pertama kerana melakukan jenayah.

Gambar kad pengenalan yang mengandungi namanya telah disiarkan dalam internet.

Dalam gambar tersebut, tarikh lahir Batman itu ialah pada 13 Mei 1990.

Satu muka surat Facebook yang menggunakan nama warga Singapura tersebut, Kelab Peminat Batman bin Suparman juga telah dibuka dengan lebih 11,000 orang pengguna laman tersebut menyatakan suka dengan muka surat itu.

Salah seorang pengguna di laman itu memberikan komen bahawa Batman berada di penjara bagi menjalani latihan sama seperti permulaan kisah Batman.

Seorang pengguna, Kevin Yang memberikan komen: “Idola kita telah dipenjarakan.”

Sumber kosmo!




Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Batman bin Suparman berjaya ditangkap Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/batman-bin-suparman-berjaya-ditangkap.html

Bukannya Saya Tak Pakai- Raja Emma


Kuala Lumpur: “Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra (coli). Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun,” kata penyanyi dan pelakon Raja Ema menjawab cemuhan peminat di beberapa forum laman sosial kerana penampilannya ketika menghadiri majlis pelancaran sebuah jenama fesyen, di sini, baru-baru ini.

Raja Ema Raja Ibrahim, 45, berkata, kontroversi itu tercetus kerana kesilapannya bergaya ketika mengambil gambar dan tiada kaitan dengan pakaian rekaan pereka fesyen baru berkenaan.

“Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.


“Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Penampilan Raja Ema dengan baju berwarna keemasan diperbuat daripada getah ketika hadir pada majlis itu mengundang cemuhan peminat yang menggelarnya dengan pelbagai panggilan negatif.

Raja Ema berkata, bagaimanapun dia tidak berkecil hati dengan kritikan itu kerana menganggap ia perkara lumrah sebagai anak seni berpengalaman sepertinya.

“Sebab saya tak nak gaduh atau besarkan hal, saya tak rasa apa pun sebenarnya. Cuma malas nak layan orang begitu. Orang yang bijak takkan cakap begitu pada orang lain.

“Siapalah kita nak hukum dan hentam orang lain dengan teruk., kita bukan tuhan pun. Yang penting jadi diri sendiri dan niat kena bersih dalam tindak-tanduk kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Raja Ema berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran siri 26 episod berjudul Pulang Sayang.

Katanya, dalam masa terdekat dia menolak semua tawaran lakonan kerana mahu menumpukan perhatian pada anaknya, Putera Alkashah, 17, yang kini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Anak tengah SPM, sekarang, jadi saya mahu beri perhatian kepadanya dan keluarga dulu. Saya terpaksa tolak beberapa tawaran daripada kawan-kawan rapat seperti Erma Fatima dan Melissa Saila,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Entri Current News And Update ! ! ! Credit to AC Team Online

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Bukannya Saya Tak Pakai- Raja Emma Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/bukannya-saya-tak-pakai-raja-emma.html

Perniagaan bangkrap,lantas tinggal dikuburan


Fabio yang tinggal di kuburan (Foto: Oddity Central)


SANTA ISABELA – Fabio Beraldo Rigol adalah seorang tunawisma yang tinggal di dalam kubur temannya selama 13 tahun selepas pekerjaannya muflis. Dirinya terpaksa tinggal di kuburan setelah ditinggalkan oleh keluarganya.


Setelah beberapa peristiwa malang yang menghampiri kehidupan lelaki berusia 47 tahun ini , Fabio memutuskan untuk tinggal di dalam kubur bersama jasad sahabatnya yang telah meninggal di pengebumian di Santa Isabela, Brazil.


Fabio mengatakan bahawa dia adalah seorang tunawisma yang miskin dan sedang cuba untuk membuat yang terbaik dari situasi yang sangat buruk.


” Hal ini sangat tidak wajar , tapi pasti lebih baik daripada hidup di jalanan, ” ujar Fabio , seperti dikutip Oddity Central , Jumat ( 8/11/2013 ) .


“Saya lebih takut hidup daripada mati. Saya juga belum pernah melihat hantu, “tambahnya.


Fabio setiap hari berada di dalam kompleks pengebumian dan dia akan meninggalkan pengebumian ketika ingin meminta makanan kepada orang lain. Lelaki malang ini berharap hidupnya akan kembali seperti dulu yang mempunyai sebuah pekerjaan dan rumah yang layak.


“Saya ingin keluar dari sini hidup -hidup. Saya masih ingin punya rumah sendiri , walaupun itu hanya bilik tidur dan bilik mandi. Saya ingin kembali bekerja jika ada kesempatan. Hidup saya belum selesai sampai di sini, ” ungkap Fabio .


Sumber okezone



Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Perniagaan bangkrap,lantas tinggal dikuburan Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/perniagaan-bangkraplantas-tinggal.html

Pemilik taska Permata Harapan dituduh aniaya budak


KUALA LUMPUR: Pemilik Taska Permata Harapan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan pada 18 Oktober lalu.

Rozita Awang, 35, bagaimana tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapanya.

Dia didakwa menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.



Rozita didakwa melakukan perbuatan itu di ruang tamu Taska Permata Harapan, nombor 41 Jalan Melati 1, Taman Melati, lebih kurang jam 11.35 pagi pada 18 Oktober lalu.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan wanita beranak enam itu dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sumber myMetro


Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Pemilik taska Permata Harapan dituduh aniaya budak Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/pemilik-taska-permata-harapan-dituduh.html