Anak tiri liar


Saya berkahwin lima bulan lalu dengan seorang duda tiga anak. Semua anaknya tinggal bersama saya selepas bekas isterinya enggan menjaga mereka.

Anak tiri saya semuanya perempuan berusia lingkungan belasan tahun. Saya pula tiada anak dan mula mengambil alih menjaga mereka.

Masalahnya, anak tiri saya liar dan sering pulang lewat ke rumah. Suami bekerja di luar kawasan dan pulang sekali sekala, menyebabkan mereka tiada pemantauan.

Apabila saya menegur, anak tiri mempertikaikan tindakan saya dan menganggap saya tidak layak menegur mereka. Saya masuk campur kerana memegang amanah suami supaya mendidik anak kerana mereka terbiar ketika bersama ibu kandung yang sibuk dengan perniagaannya.

Saya menjadi serba salah dan pernah mengadu kepada suami. Namun ia tidak membantu dan hubungan saya serta anak tiri bertambah tegang apabila mereka mengetahui saya mengadu pada suami.

Salahkah kalau saya membiarkan anak tiri terus berkelakuan liar?

MARIA

Klebang, Melaka

Menjadi tanggungjawab puan untuk mendidik anak yang juga darah daging suami, apatah lagi puan diamanahkan supaya berbuat demikian.

Puan selaku isteri perlu bijak memainkan peranan selaku ibu kepada mereka sebaik-baiknya. Jika puan mengelak, ibaratnya puan tidak berusaha melaksanakan amanah, sedangkan puan berkeupayaan dan layak memenuhinya.

Sebagaimana firman Allah dalam surah An- Nisa’ ayat 58, bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Dalam erti kata lain, suami percayakan puan untuk menguruskan keluarga ketika ketiadaannya. Selain puan menjadi lambang kehormatannya, anak darah dagingnya yang dipelihara kini juga adalah maruah.

Andai puan berupaya menjaga dan membentuk anak, bermaksud puan juga menjaga keaiban dan kehormatan suami.-hmetro

Entri ! Blog Informasi Terbaik ! Credit to http://beritamyon9.blogspot.com/2013/11/anak-tiri-liar.html

Anak tiri liar Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/anak-tiri-liar.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s