Belasah bini guna besi yang didakwa berlaku Curang



KUANTAN – Akibat hilang sabar dengan perangai isteri yang didakwa berlaku curang, seorang suami bertindak memukul bahagian belakang tubuh wanita itu menggunakan rotan dan besi hingga cedera.



Dalam kejadian itu, lelaki terbabit, Azizan Md Isa, 55 dari Felda Lepar Hilir 1 dekat sini mengakui dia turut menumbuk muka isterinya itu hingga lebam.



Azizan yang mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya memberitahu mahkamah bahawa tindakannya itu bertujuan untuk mengubah perangai wanita itu yang selalu membuat onar di belakangnya.



“Saya sudah hilang sabar selepas segala teguran dan nasihat langsung tidak diendahkan malah dia terus mengulangi perbuatan itu,” katanya selepas membuat rayuan berhubung hukuman yang bakal dihadapi.



Akibat kejadian kira-kira tiga tahun lalu itu, tertuduh yang juga peneroka tanah rancangan Felda dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh didenda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.



Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Felda Lepar Hilir 1, Gambang dekat sini kira-kira jam 7.40 petang, 24 Ogos 2011.



Susulan kejadian itu, isterinya membuat laporan polis sehingga membawa penahanan tertuduh sehari selepas peristiwa tersebut.



Dalam rayuannya juga, tertuduh merayu agar hukuman diringankan memandangkan kejadian itu sudah lama dan berlaku bukan atas dasar sengaja.



“Saya mempunyai isteri (baru) dan anak yang perlu ditanggung dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebagai peneroka,” katanya.



Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali menegur perbuatan tertuduh itu, kerana sebagai seorang suami dia tidak sepatutnya bertindak secara kekerasan terhadap isteri atas apa alasan sekali pun.



“Jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran dan jangan mengulanginya lagi pada masa akan datang,” tegurnya sebelum memerintahkan tertuduh membayar denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.


Sumber sinarharian



Entri relevan sokmo Credit to noreply@blogger.com (relevan Sokmo)

This article been re-written by Hootoh BlogHootoh Blog Author Hootoh Tudia. Some phrases or ideas were randomly from Free Internet Sources.

rePublish by ✎ Blog Sapa Ceroh

Belasah bini guna besi yang didakwa berlaku Curang Permalink http://sapaceroh.blogspot.com/2013/11/belasah-bini-guna-besi-yang-didakwa.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s