Kenapakah 3 Beradik Dibunuh


Kenapakah 3 Beradik Dibunuh Dengan dosa apakah ia dibunuh? Merujuk Kes Pembunuhan Tiga (3) Beradik di Kedah. Takziah kepada ahli keluarga allahyarhamah Noor Syafikah Nadia Abdullah, Nur Izzati Husna Rusdi dan Puteri Nurul Akma Rusdi atas Tragedi yang berlaku. Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada mereka dan menjadikan merekadapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan saudara yang telah kembali bertemu penciptanya,  الفاتح – Al Fatihah.


Dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surat-surat amal dibentangkan. Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya. Dan apabila neraka dinyalakan menjulang. Dan apabila Syurga didekatkan. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
Surah At-Takwiir. Ayat 9 – 14

Mungkin Kita dan Mereka yang bertanggungjawab memerintah Malaysia tercari-cari formula untuk Menangani Jenayah yang dihadapi negara selama ini. Puas mereka membelek-belek buku yang ditulis oleh mereka yang Bukan bertuhankan Allah. Telah lama mereka merujuk dan belajar sistem perundangan yang bukan dari Sistem Pendidikan Islam. Sudah banyak Falsafah Barat dijadikan formula-formula membentuk Undang-undang Jenayah Malaysia bagi merawat permasalahan umat ini.

Rasulullah SAW ketika mendirikan Kerajaan Islam Pertama di Madinah, tidak pernah punya pengalaman dalam memerintah sebuah negara. Namun baginda dan para sahabat berjaya menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahan Islam. Bandar Cahaya yang hari demi hari mencatatkan kemenangan besar ke atas musuh-musuh Islam. Semuanya hasil Rabbaniyatud Dakwah yang telah berjaya membentuk hati-hati manusia yang suatu ketika dahulunya begitu jauh dari Ruh Islam dan Nur Islam.

Sesungguhnya generasi terakhir umat ini tidak akan menjadi baik, kecuali dengan sesuatu yang telah membuat baik generasi pertamanya
Hasan al-Banna

Bersyukurlah Malaysia Masih Aman

Usaha tangga Kejayaan. Mereka yang bertanggungjawab talah berusaha. Malah dada Mereka sudah semput dan lelah dengan forum-forum dan konferens-konferens bagi membincangkan apakah jalan penyelesaian Jenayah di Malaysia dan cara terbaik untuk mengatasi permasalahan ini. Sedangkan solusi dan formulanya sudah ada di depan mata sejak sekian lama, Islam satu cara Hidup. Mereka mungkin terlupa untuk melalui tarbiyah diri sepertimana yang pernah dilalui oleh para sahabat Nabi SAW suatu ketika dahulu. Jika tidak, mereka pastinya akan bersungguh-sungguh melakukan amar maaruf dan nahi mungkar. Merujuk Kes Bunuh Tiga Beradik di KedahKenapakah 3 Beradik Dibunuh.

Primary source: Kenapakah 3 Beradik Dibunuh
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/12/kenapakah-3-beradik-dibunuh.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s