Keputusan PISA Memalukan Malaysia


Prestasi Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Keputusan PISA Memalukan Malaysia. Penilaian Programme for International Students Assessment menunjukkan Malaysia menduduki Tangga kedua tercorot di Asia Tenggara. Malaysia berada di kedudukan ke empat dari 5 buah negara Asia Tenggara yang dinilai dalam PISA iaitu  Singapura, Vietnam dan Thailand dan Indonesia.
Keputusan PISA Memalukan Malaysia

Apa itu PISA

PISA adalah sebuah Program Penarafan Mutu Pendidikan bagi Pelajar-pelajar 15 Tahun di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh  Organisation for Economic Corporation and Development (OECD) yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. PISA telah menjadi Piawaian Antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Apakah yang dinilai dalam PISA

Dalam Program Penarafan Mutu Pendidikan ini, pelajar-pelajar berumur 15 tahun akan dinilai untuk menguji Kemampuan dan Penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu
  1. Membaca
  2. Matematik
  3. Sains
Keputusan PISA Memalukan Malaysia
Warga Pendidik Setia Bersama Kementerian Pendidikan

Kenapa Mutu Pendidikan Sekolah Malaysia Tercorot

Mutu sistem pendidikan sekolah Malaysia kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Setelah keputusan PISA didapati amat Memalukan Malaysia. Kementerian Pendidikan (KPM) segera melakukan postmortem dan menyenaraikan Faktor Penyebab Kenapa Keputusan PISA Malaysia Tercorot:

Sikap Murid

Ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab. 

Format Soalan PISA

Soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual. 

Keutamaan Guru

Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi.

Keputusan PISA Memalukan Malaysia

Daripada Faktor-faktor Kegagalan yang dikeluarkan oleh MOE, Apa yang HT boleh simpulkan, Selain menyalahkan Format Soalan yang dikeluarkan PISA, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyalahkan Sikap Murid dan Guru di Malaysia. Rujuk Penerangan Rasmi KPM yang diambil dari Laman Kementerian Pendidikan, Click: Status Pencapaian Malaysia dalam PISA. Jika pandangan ini salah, harap dapat diperbetulkan.

Luahan Pendidik Demi Anak Bangsa Tercinta

Sikap Guru dan Murid Punca Kegagalan

Benarkah Sikap Guru dan Murid menjadi Punca Kegagalan Sistem Pendidikan di Malaysia. Layakkah Kelemahan-kelemahan ini disalahkan kepada guru atau murid. Bukankah mereka adalah sebahagian dari Budaya Pendidikan yang dibentuk melalui Dasar-Dasar oleh Kementerian Pendidikan itu sendiri.
Menurut pandangan Saudara Rafizi Ramli, Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari Budaya Pendidikan yang dibentuk melalui Dasar-Dasar KPM sendiri.

Sistem Peperiksaan dan Budaya Membodek

Mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza. Selain itu Sistem Imbuhan atau Naik pangkat dalam Institusi Pendidikan Malaysia telah membuka ruang kepada Budaya Membodek.

Kegagalan Penilaian Berasaskan Sekolah

Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan Berbeza dari pelaksanaan di negara-negara lain. Guru-guru pula dibebankan dengan Tugasan Mengisi Borang dan Kerja-kerja Birokrasi yang lain sehingga Murid-murid Terabai dan mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman. Extra: Jaminan KPM Kelembapan Sistem PBS diatasi 2014

Tidak Yakin pada Kemampuan Sendiri

Tidak Yakin pada Kemampuan Negara Sendiri dan sanggup Menghabiskan ratusan juta membayar perunding asing untuk mendapatkan Idea Menaiktaraf Sistem Pendidikan, jelas sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah umum sistem pendidikan negara.

Luahan Pendidik Demi Anak Bangsa Tercinta

Luahan HT sebagai warga pendidik dengan rendah diri menyeru supaya pihak bertanggungjawab mengambil sikap terbuka dan menerima hakikat apa yang berlaku dalam Dunia Pendidikan Malaysia hari ini. Luahan Pendidik Demi Anak Bangsa Tercinta.

Sepertimana kami, para guru yang menurut perintah dan akur pada arahan dari pihak atasan. Kami memberikan seluruh jiwa dan terus bergerak kehadapan walaupun Telaga Buta jelas di depan mata. Walaupun Keputusan PISA Memalukan Malaysia, kami Warga pendidik yakin pada Pihak Kementerian. Setelah kami terpelosok di dalam Telaga Buta itu, patutkah murid dan kami dipersalahkan pula.

Primary source: Keputusan PISA Memalukan Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2013/12/keputusan-pisa-memalukan-malaysia.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s