Tips Untuk Memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang Tips…


Tips Untuk Memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang

Tips Untuk Memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang

Pertamanya, perlu saya katakan bahawa, saya ni bukanlah seorang pakar cinta atau pakar runding perhubungan. Namun, atas dasar perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang ada, maka saya beri sikit tips yang saya harap ianya dapat menjadi panduan anda. Berikut ini adalah tips yang dapat saya berikan.

1. Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada ALLAH

Pada saya, ini adalah tips yang PERTAMA dan PALING UTAMA. Sebab apa? Sebab ini adalah arahan ALLAH dan suruhan NABI SAW. Dalam fatihah yang kita baca sekurangnya 17 kali dalam solat pun, kita sentiasa berikrar “Iyya kana’ budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita? Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH.

Bukankah Nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….” Masalahnya sekarang, sudahkah kita solat 2 rakaat minta hajat kita diperkenankan? Sudah berapa kali kita berdoa agar ALLAH memperkenankan hajat kita? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri…

2. Ajak jumpa dan perkenalkan teman lelaki dengan mak ayah

Tunjukkan bahawa anda serius dalam perhubungan anda dengan dia. Kalau anda belum pernah perkenalkan lelaki atau pakwe anda pada mak ayah anda, maka lakukannya segera. Ajak la lelaki atau pakwe anda jumpa dengan mak ayah anda. Lagi baik kalau anda minta lelaki atau pakwe anda tu bawa mak ayah dia jumpa mak ayah anda sekali.

Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan dia. Kalau reaksi dia OK dan macam excited jer, maknanya teman lelaki anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam-macam alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main-main saja dengan anda.

Pada saya, sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah teman lelaki anda tu betul-betul serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main-main dengan anda, adakah orang yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??

So, kenalpasti dulu, pada tahap mana teman lelaki anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main-main saja dengan anda, pada saya, tiada gunanya pun anda pujuk dia. Sebab dia hanya akan bagi macam-macam alasan dan helah untuk tidak masuk meminang anda, apatah lagi nak menikahi anda. Nasihat saya, kalau ada teman lelaki yang macam tu, tinggalkan saja dia. Dan cari lain sajalah. Kumbang bukannya seekor kan?

3. Berterus terang

Pada saya, tiada jalan lain yang paling bagus dan berkesan bagi memujuk lelaki untuk masuk meminang melainkan, anda kena berterus terang dengannya. Ajaklah dia berjumpa di mana-mana dan berterus teranglah sajalah dari hati ke hati dengannya. Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia.

Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak-agak bila dia akan jadi bersedia? Suruh dia berikan tentatif atau perancangan kasarnya. Saya yakin, kalaupun dia masih belum bersedia, tapi perancangan secara kasarnya pasti dia boleh cerita. Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda.

Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu. Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin dengan dia nanti?

Cubalah praktikkan 3 tips yang saya terangkan ini dulu. Kalau tips ini pun anda masih belum buat, saya rasa, tiada gunanya saya berikan tips bagaimana untuk pujuk lelaki masuk meminang. Sebab ianya hanya akan mengecewakan anda nanti. Apa kata anda???

Artikel dan Grafik dalam Entri Tips Untuk Memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Read more Tips Untuk Memujuk Lelaki Supaya Cepat Masuk Meminang
Tips…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s