Anwar Ibrahim, Lima Yang Lain Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Bersih…


Anwar Ibrahim, Lima Yang Lain Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Bersih 3.0

Anwar Ibrahim, Lima Yang Lain Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Bersih 3.0

Anwar Ibrahim, Lima Yang Lain Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Bersih 3.0

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima yang lain dilepaskan tanpa dibebaskan berhubung penglibatan dalam Bersih 3.0.

Hakim mahkamah sesyen, Ahmad Bache, yang mendapati bahawa tuduhan itu adalah cacat, yang mengetepikan permohonan pihak pendakwaan untuk meneruskan perbicaraan.

Ini selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari untuk mengetepikan arahan Majistret Zaki Asyraf yang mengeluarkan perintah melarang sebarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Anwar Ibrahim, Lima Yang Lain Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Bersih 3.0

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh tiga panel yang diketuai oleh Hakim Linton Albert yang mempersoalkan mengenai asas dakwaan terhadap mereka yang didakwa terlibat dalam perhimpunan bersih, kerana dakwaan dibuat dalam arahan majistret.

Pada 22 Mei 2012, Anwar, 65, dituduh secara bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, 49, dan Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham, 35, menyertai protes jalanan di lokasi itu pada 28 April tahun yang sama, yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di ibu negara.

Ketiga-tiga mereka turut menghadapi pertuduhan kedua iaitu bersubahat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim dengan cara menghasut mereka untuk mengalih penghadang besi di Jalan Raja pada hari yang sama.

Sumber : Mstar

Artikel dan Grafik dalam Entri Anwar Ibrahim, Lima Yang Lain Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Bersih 3.0 adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.

Read more Anwar Ibrahim, Lima Yang Lain Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Bersih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s