Respon Shila Amzah gosip bercinta dengan Aman Nassim Respon…


Respon Shila Amzah gosip bercinta dengan Aman Nassim

Respon Shila Amzah gosip bercinta dengan Aman Nassim


Respon Shila Amzah gosip bercinta dengan Aman Nassim – Selepas beberapa kali gagal dalam percintaan dengan rakan sesama artis, Shila Amzah sekali lagi dikaitkan bercinta dengan seorang pelakon baru, Aman Nassim.

Hairan bagaimana gosip ini boleh timbul namun penyanyi itu tampil menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta pula dengan Aman Nassim. Katanya, dia langsung tidak mengetahui tentang cerita itu dan memberitahu hanya menganggap Aman sebagai kawan biasa sahaja.

“Saya mengganggap dia sebagai kawan biasa sahaja. Saya juga turut berkawan dengan pelakon-pelakon lain seperti Azhan Rani, Beto Khusyairi dan Zahiril Adzim. Saya pun kurang pasti bagaimana gosip ini boleh tercetus.”

Untuk itu, Shila Amzah kembali menegaskan ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya nyanyiannya dahulu sebelum memikirkan lebih jauh tentang cinta.

“Biarlah saya mengembangkan kerjaya saya sebelum memikirkan soal jodoh. Tetapi, jika ditakdirkan Tuhan dan ditemukan dengan seseorang pada masa akan datang, saya berharap agar lelaki itu mampu menjadi teman hidup yang terbaik untuk saya.”



Artikel dan Grafik dalam Entri Respon Shila Amzah gosip bercinta dengan Aman Nassim adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Read more Respon Shila Amzah gosip bercinta dengan Aman Nassim
Respon…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s