Kontroversi Kangkung: Perarakan bantah tindakan hina PM…


Kontroversi Kangkung: Perarakan bantah tindakan hina PM

Kontroversi Kangkung: Perarakan bantah tindakan hina PM

Kontroversi Kangkung: Perarakan bantah tindakan hina PM

Beberapa NGO dan parti politik menggerakkan ahlinya untuk berarak dan berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sunway Carnival hari ini bagi membantah tindakan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon menghina perdana menteri.

Perhimpunan yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu bermula di Jalan Todak sebelum berarak hampir satu kilometer sambil membawa pelbagai sepanduk ke pusat beli-belah terbabit.

Kontroversi Kangkung: Perarakan bantah tindakan hina PM

Turut menyertai perarakan ialah Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said dan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Reezal Merican berkata, perhimpunan yang diadakan adalah untuk menunjukkan bantahan terhadap tindakan pemimpin PKR yang menyumbat kangkung ke dalam karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pemimpin diangkat oleh rakyat dan dipilih berteraskan demokrasi bagi mewakili suara kita semua.

“Tindakan dia (Khai Loon) bukan hanya mempersenda malah menyakitkan hati kami semua kerana tidak menghormati pemimpin negara.

“Justeru, satu lagi perhimpunan akan diadakan esok di Alma bagi memastikan suara umat Islam di negeri ini didengari semua pihak,” katanya.

Rabu lalu, Khai Loon memuat naik gambar terbabit melalui akaun Twitternya menerusi program flash mob “I Love Kangkung” bagi membantah kenaikan harga barang di tapak pasar malam Alma.

Sumber : Sinar

Artikel dan Grafik dalam Entri Kontroversi Kangkung: Perarakan bantah tindakan hina PM adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Read more Kontroversi Kangkung: Perarakan bantah tindakan hina PM…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s