Biarlah saya terima semua tohmahan, asalkan anak saya bahagia -…


Biarlah saya terima semua tohmahan, asalkan anak saya bahagia – Nora Danish

Biarlah saya terima semua tohmahan, asalkan anak saya bahagia – Nora Danish


Nora Danish serlah sisi kematangan sebagai ibu tunggal – Nampaknya, kontoversi melibatkan Nora Danish dan ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man, masih belum berakhir lagi. Ada peminat meminta pelakon comel itu bertindak balas terhadap tomahan dan kritikan Hatijah terhadapnya.

Bagaimanapun, Nora Danish menerusi Utusan Malaysia meminta peminatnya tidak memanjangkan isu tersebut kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting untuk difikirkan. Kata kekasih Nadeem Nazri itu, biarlah dirinya menerima apa sahaja tomahan dan kritikan dari orang lain asalkan anaknya, Rayqal, bahagia.

“Apa yang saya tahu, dia adalah nenek kepada adik Rayqal. Jadi, saya fikir tidak perlulah untuk saya ulas banyak mengenai perkara ini. Bagi saya, Rayqal adalah segala-galanya, jadi tidak perlu saya korbankan kebahagiaan dia.”


“Awalnya saya tidak membaca namun ada yang menghantar apa yang ditulis olehnya kepada saya. Jujurnya, hubungan saya dengan Fasha tidak ada masalah pun. Kalau boleh saya tidak mahu hal ini mengeruhkan keadaan. Biarlah saya menerima apa saja tohmahan, asalkan anak saya bahagia.”

Ditanya tentang tujuan sebenar dia memuatnaik gambar di Instagram ketika sedang melepaskan doa agar dia dan keluarga dijauhkan daripada ilmu sihir baru-baru ini (status ini menjadi punca Hatijah Teh Man kurang berpuas hati), Nora menganggap perkara tersebut sebagai normal dan bukan sesuatu yang pelik.

“Bagi saya itu adalah perkara normal yang kita minta setiap kali selepas bersolat. Saya tidak tujukan kepada sesiapa pun. Kita hanya berdoa agar dijauhkan daripada hal-hal yang tidak baik, itu sahaja.”


“Sebab itu saya cakap kita perlu dikelilingi dengan aura positif. Saya bersyukur mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang sangat memahami. Jujurnya bercakap soal ini, saya lebih suka meletakkan anak di hadapan dan perasaan saya di belakang dalam apa juga keadaan.”

Artikel dan Grafik dalam Entri Biarlah saya terima semua tohmahan, asalkan anak saya bahagia – Nora Danish adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Read more Biarlah saya terima semua tohmahan, asalkan anak saya bahagia -…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s