Catat rekod 17 darjah Celcius, salji landa Malaysia tahun 2015…


Catat rekod 17 darjah Celcius, salji landa Malaysia tahun 2015

Catat rekod 17 darjah Celcius, salji landa Malaysia tahun 2015

Catat rekod 17 darjah Celcius, salji landa Malaysia tahun 2015 – Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengesahkan kawasan Kuala Krai, Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celcius, semalam, sekali gus mencatatkan rekod pertama di Pantai Timur.

Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jenuwa Husin, penurunan suhu itu amat berbeza dengan suhu biasa yang dicatatkan pada kadar paling minimum sebelum ini iaitu 23 darjah Celcius di dua kawasan itu.

Perubahan iklim mendadak di daerah Jertih membuatkan beberapa penduduk di sini terpaksa memakai pakaian tebal.

Lebih memburukkan keadaan akibat perubahan suhu itu beberapa penduduk turut diserang demam apabila suhu kurang daripada 25 darjah Celsius pada waktu malam dan 28 darjah Celsius tengah hari Rabu.

Semetara itu, Perlis kini sekali lagi merekodkan perubahan suhu yang agak berbeza daripada biasa walaupun pernah dikenali sebagai negeri yang mencatatkan suhu paling panas iaitu 40.1 darjah Celsius pada tahun 1998

Menjelang hujung minggu ini, suhu di sekitar negeri ini dijangkakan boleh turun sehingga 21 atau 20 darjah Celsius pada waktu malam, tidak seperti suhu biasa iaitu 36 darjah Celsius pada waktu siang dan 24 darjah Celsius pada waktu malam

Berdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, walaupun ramalan menunjukkan suhu waktu malam di Perlis adalah 24 darjah celsius, beliau tidak menolak jika suhu berkenaan boleh turun sehingga 20 darjah celsius.

Artikel dan Grafik dalam Entri Catat rekod 17 darjah Celcius, salji landa Malaysia tahun 2015 adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Read more Catat rekod 17 darjah Celcius, salji landa Malaysia tahun 2015…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s