Malaysia Bakal Turun Salji Petanda Kiamat Semakin Hampir ?…


Malaysia Bakal Turun Salji Petanda Kiamat Semakin Hampir ?

Malaysia Bakal Turun Salji Petanda Kiamat Semakin Hampir ?

Merujuk pada carta suhu minimum dan maksimum yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini. Sememang suhu di Malaysia mengalami situasi yang agak sedikit sejuk terutama di kawasan pantai timur. Mungkin agak pelik, tetapi tidak mustahil kerana kawasan tinggi di Indonesia dan Vietnam sudah pun dilanda salji. Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (tekanan tinggi) yang bergerak ke Laut China Selatan. Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.

Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius. Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur. Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa. Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

Mungkin dunia sudah berada digarisan akhir zaman, Apapun tidak mustahil segalanya akan berlaku. Ketentuan Allah mengatasi segalanya. Segala yang terjadi atau bakal terjadi tetap ada hikmah yang tersendiri dan hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Semoga kita mengambil iktibar daripada fenomena ini. Mungkin ini bukan satu situasi yang boleh melekakan kita. Walaupun mungkin ada pihak bagaikan teruja dengan situasi ini.

Wassalam, Wa’allahhualam.

Artikel dan Grafik dalam Entri Malaysia Bakal Turun Salji Petanda Kiamat Semakin Hampir ? adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Read more Malaysia Bakal Turun Salji Petanda Kiamat Semakin Hampir ?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s