Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kantoi berkhalwat?…


Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kantoi berkhalwat?

Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kantoi berkhalwat?


Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kantoi berkhalwat – Gosip kes khalwat memang sudah sinonim dengan industri hiburan tempatan. Saban tahun, ada saja artis yang difitnah berkhalwat seperti Awie, Erra Fazira, Shah Jaszle, Neelofa, Zizan Razak, Emma Maembong, Tasha Shilla dan Lana Nordin.

Terbaru, pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kini menjadi sasaran individu tertentu apabila mereka didakwa telah berkhalwat tahun lalu. Meskipun hanya sekadar gosip liar namun perkara tersebut tetap memburukkan imej mereka sebagai seorang artis.

Tidak mahu membiarkan peminat terus tertanya-tanya dan melemparkan tomahan negatif tanpa penjelasan sebenar, Hairul Azreen segera tampil kepada Metro Online untuk menafikan kebenaran khabar angin yang tersebar.

“Saya betul-betul tak faham dengan sikap segelintir manusia? Apa masalah mereka sebenarnya? Benda (berkhalwat) memang tak ada nak jelaskan macam mana pula?”


“Saya lihat benda ini macam sengaja dicetuskan untuk provokasi dan merosakkan nama dan kerjaya kami berdua.”


Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris, 26, mengakui amat terkilan dan kecewa kerana turut menjadi mangsa fitnah individu tidak bertanggungjawab seperti mana beberapa rakan artis popular lain.


“Sekarang macam-macam benda orang tuduh saya. Dulu orang kata saya bergaduh dengan Dazrin dan bertumbuk dengan orang hanya sebab saya ada seni mempertahankan diri.”

“Ini kes khalwat pula dibangkitkan semula. Apa mereka tak fikir ke tuduhan itu mengaibkan saya dan membabitkan maruah kami dan keluarga?”

“Kalau ikutkan saya memang malas nak layan. Lantaklah apa orang nak tuduh sebab benda tak berlaku tapi bila asyik kena hentam memang sedih dan bengang jadinya.”

Artikel dan Grafik dalam Entri Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kantoi berkhalwat? adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Read more Pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kantoi berkhalwat?…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s