Nina Iskandar mengamuk digosipkan bercinta anak Siti Nurhaliza…


Nina Iskandar mengamuk digosipkan bercinta anak Siti Nurhaliza

Nina Iskandar mengamuk digosipkan bercinta anak Siti Nurhaliza


Nina Iskandar mengamuk digosipkan bercinta anak Siti Nurhaliza – Belum pun sampai setahun berada dalam industri muzik Malaysia, pelakon jelita kelahiran Brunei, Nina Iskandar terpaksa berdepan kontroversi menyakitkan apabila beliau digosipkan dengan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza.

Meskipun terkejut dengan cerita tersebut, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23 mengakui sudah mempersiapkan diri untuk berdepan keadaan seperti itu.”

“Dulu saya hanya dikenali di Brunei dan kini mula dikenali di Malaysia. Namun baru hendak melangkah, saya dikaitkan dengan cerita gosip. Ia menjadi bertambah panas apabila pemuda yang dikaitkan dengan saya adalah anak tiri penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.”


“Saya sudah menjangka perkara ini akan terjadi kerana pada malam pratonton filem Muka Surat Cinta (MSC), ada wartawan datang dan bertanya mengenai hubungan saya dengan Adib.”


“Cuma ketika itu saya tidak tahu bila cerita itu akan disiarkan. Saya tahu pun daripada ayah. Dia menghubungi saya dan memberitahu gosip itu mula diperkatakan.”


“Industri seni di Brunei sangat kecil. Saya tidak pernah ada gosip. Ini gosip pertama saya. Memang terkejut tetapi sebagai artis, ini antara perjalanan yang perlu saya lalui.”

Terdahulu, desas-desus mengaitkan Nina dengan usahawan muda itu mula diperkatakan apabila Nina menghadiri sambutan hari lahir Siti Nurhaliza baru-baru ini dan duduk di sebelah Adib. Mereka dilihat berbual mesra oleh wartawan.

Artikel dan Grafik dalam Entri Nina Iskandar mengamuk digosipkan bercinta anak Siti Nurhaliza adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Read more Nina Iskandar mengamuk digosipkan bercinta anak Siti Nurhaliza…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s