Program TUBE Tunas Usahawan Belia Bumiputera Malaysia


Malaysia mensasarkan 500 belia menyertai Program TUBE Skim Baharu Tunas Usahawan Belia Bumiputera. Sejumlah 10 juta ringgit diperuntukan. Tiga Fasa Latihan Program TUBE bertujuan membantu golongan muda bumiputera memulakan perniagaan dengan tawaran Geran Permulaan Perniagaan sebanyak RM15,000 yang akan dikendalikan SME Corp dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI). #ProgramTube

Program TUBE Tunas Usahawan Belia Bumiputera Malaysia

Tiga Fasa Latihan Program TUBE

  • Fasa pertama ialah ketahanan jati diri yang memerlukan usahawan muda melalui latihan berbentuk fizikal dan mental.
  • Fasa kedua berkaitan bengkel perniagaan dan fasa ketiga merangkumi pelaksanaan perniagaan.
  • Fasa ketiga ialah pelaksaan perniagaan oleh peserta yang akan dapat bantuan sekiranya melepasi fasa satu dan dua.

Skim Geran Permulaan Perniagaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera berjumlah RM15,000 akan diterima setelah melalui Latihan Fasa Ketiga Program TUBE. Peserta akan dibimbing oleh kaunselor perniagaan, kaunselor kewangan dan panel penasihat pakar perniagaan dari pihak SME Corp di bawah Sistem Kawan selama 12 bulan.

Panduan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

Cara Mendaftar Program TUBE. Borang Permohonan  Tunas Usahawan Belia Bumiputera boleh dibuat secara online di laman web SME Corp. Pengambilan Peserta Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) dijangka bermula Julai 2014. Usahawan berminat perlu memenuhi Kriteria kelayakkan Program TUBE seperti berikut. Daftar online di SME Corp. (belum dibuka) antara Program lain Bantuan Pinjaman perniagaan Online Malaysia.

Syarat Penyertaan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

  • Lepasan universiti, lepasan sekolah dan daripada jabatan belia.
  • Saringan kesihatan akan dilakukan.
  • Mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Golongan perniaga  boleh menyertai bagi memantapkan lagi perniagaan.
Video Pengumuman Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera Skim Baharu TUBE oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sempena menutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)

Source: Program TUBE Tunas Usahawan Belia Bumiputera Malaysia
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/program-tube-tunas-usahawan-belia.html

Advertisements

Alasan Malaysia Tidak Semak Pasport (SLTD)


Jabatan Imigresen Malaysia Tidak Semak Pasport di Pangkalan Data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD). Teknologi Interpol Dipersalahkan. Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalahkan Agensi polis antarabangsa sebagai alasan tidak semak maklumat Interpol mengenai pasport yang curi atau hilang.

Malaysia Menyalahkan Teknologi Interpol

Agensi polis antarabangsa, Interpol, menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit. ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. – Reuters

Alasan Malaysia Tidak Semak Pasport (SLTD)
Keputusan Datuk Seri Zahid Hamidi menyalahkan Teknologi Interpol apabila Malaysia tidak merujuk kepada Pangkalan Data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh diterima sama sekali. Jabatan Imigresen Malaysia selayaknya dipertanggungjawabkan atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini. Helah bela diri yang terbaik oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Komen Zahid Hamidi Kejutkan Interpol

Amat mengejutkan. Belum ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, kecuali Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi. Sepertimana komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen iaitu
  • Pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah “terlalu besar” dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.
  • Bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen Malaysia.
  • Semakan maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.

Source: Alasan Malaysia Tidak Semak Pasport (SLTD)
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/alasan-malaysia-tidak-semak-pasport-sltd.html

Beza PBS Baru dan PBS Lama


Apakah Beza PBS Baharu dan PBS Lama. Setelah melalui proses penambahbaikan demi meringankan beban dan tugas guru di sekolah. Sistem Aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah – PBS Bentuk Baru akan dilaksanakan bermula 1 April 2014. Pihak KPM memaklumkan Sistem PBS Baharu ini akan meringankan Beban Guru. Aplikasi telah dinaik taraf menjadi Sistem PBS Baru Mesra Guru. #PBS2014

Beza PBS Baru dan PBS Lama

Perbandingan PBS Baharu dan PBS Lama

Apa kelebihan PBS Baru ini? Ada sumber mengatakan setelah diperkenalkan PBS Baru Guru tidak perlu isi data online seperti sebelumnya. Adakah ia bermaksud ia merupakan satu Aplikasi PBS Offline. Merujuk Laman Bumi Gemilang, berikut ialah Perbezaan dan Perbandingan PBS Baharu dan PBS Lama. (Click Image untuk lebih jelas)
Beza PBS Baru dan PBS Lama

Update PBS Baharu 2014 oleh KPM

Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS 2014

Sebagaimana program-program KPM terdahulu, penggunaan istilah yang sama seperti “Proses Penambahbaikan” “Dinaik Taraf” “Yang Terbaik di Asia” dan “Meringankan Beban Guru” oleh Pihak Kementerian Pendidikan menjadikan guru lebih berhati-hati untuk berasa gembira dan bertepuk tangan. Hootoh berharap bentuk baharu Pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah #PBS yang akan diputuskan pada 1 April ini, disampaikan secara jelas kepada guru-guru, ibu bapa dan pelajar.

Source: Beza PBS Baru dan PBS Lama
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/beza-pbs-baru-dan-pbs-lama.html

Ucapan Takziah dan Doa untuk mangsa MH370



Ucapan Takziah dan Doa untuk mangsa MH370
Ucapan Takziah dan Doa untuk mangsa MH370

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) Takziah kepada ahli keluarga dan saudara-mara 239 penumpang dan anak kapal MH370 Malaysia Airlines Boeing 777-200 ER (9M-MRO). Semoga tabah melalui ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengetahui. 

 

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan untuk tabah dan bersabar. Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kita kembali.

 

أعظم الله أجرك وأحسنعزائكوغفرلميتك
Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati.
I hope that it’s not 100% confirmed. Even though it’s 99% certain, we still have a 1% chance. Namun setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk hambanya.
The most heartfelt sorry to hear about the death of 227 passengers and 12 crew Malaysia Airlines Flight MH370. To Allah we belong and to Him is our return. With my deepest sympathy, please accept my condolences. MH370 dalam Ingatan
Al-Fatihah  الفَاتِحَة

Source: Ucapan Takziah dan Doa untuk mangsa MH370
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/ucapan-takziah-dan-doa-untuk-mangsa.html

Kotak Hitam Manusia


Kotak Hitam Manusia. Boleh dikatakan setiap dari kita juga mempunyai kotak hitamnya tersendiri. Setiap daripada kita sejak dilahirkan di dunia ini diberi sebuah kotak hitam. Tidak seperti Kotak Hitam pesawat Terbang. Black Box yang ada dalam diri manusia jauh lebih hebat dari apa yang ada pada kapal terbang. Ia tak perlukan bateri, kalis air dan juga kalis api.

Kotak Hitam Manusia dan Kapal Terbang

Kotak Hitam Kapal Terbang

Apakah kegunaan kotak hitam pada sebuah pesawat? Ianya sangat penting untuk mengetahui apakah punca punca atau penyebab sesebuah pesawat itu boleh terhempas. Bagaimanakah Kotak Hitam berfungsi? Sebenarnya, konotasi kotak hitam disini adalah bahawa tragedi atau misteri itu dikonotasikan dengan warna hitam. Kotak hitam (black box) pada kapal terbang berfungsi untuk mencatat kegiatan pilot baik percakapan / cockpit voice recorder (CVR), mahupun gerak pesawat terbang / flight data recorder (FDR). Untuk lebih memahaminya sila ke Kotak Hitam Hati.

Bila jatuh atau terhempas sesebuah pesawat maka pihak pihak yang terlibat akan bekerja siang dan malam untuk mencari sesuatu yang sangat penting iaitu Rakaman dan Simpanan Data terakhir tersimpan dalam Kotak Hitam. Bila kotak hitam telah berjaya diketemui maka pasukan penyiasat akan mengkaji maklumat yang tersimpan. Demi mencari punca, lalu masej terakhir yang tersimpan didalam kotak hitam dibuka dan didengar segala rakaman dari awal hingga akhirnya. Inilah teknologi ciptaan manusia. Hebat dan sungguh canggih tetapi tidak sehebat yang manusia miliki.

Perakam dan Penyimpan Data Kotak Hitam Manusia

Setiap yang hidup pasti akan mati.  Sesungguhnya kematian itu adalah benar. Apabila tiba masanya. Kotak Hitam kita akan dibuka dan diperlihatkan satu persatu sejarah kehidupan yang kita lalui. Tanpa sedikit pun yang tertinggal. Bagaimanakah Kandungan Kotak Hitam kita.

Kotak Hitam milik Manusia, begitulah kiasannya kepada rekod amalan, dosa dan pahala kita sebagai manusia di mukabumi ini. Sesungguhnya dari Dia kita dihidupkan dan kepada-Nya kita dikembalikan.

Kiasan Kotak Hitam Hati Manusia adalah memetik artikel yang ditulis saudara Mohdyusoff5329. Beringatlah kita selagi adanya usia. Beramallah dan lalui hidup ini di jalan yang benar. Al-Fatihah untuk Moyangku yang telah kembali kepada Penciptanya pada hari Ahad 21 JamadilAwal 1435 Hijrah. Tidak lupa juga pada semua yang telah pergi dulu mendahului.

Source: Kotak Hitam Manusia
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/kotak-hitam-manusia.html

Benarkah MH370 Membawa Kargo Merbahaya


Benarkah MH370 Membawa Kargo Merbahaya. Malaysia Airlines System mengesahkan Bahan Mudah Terbakar lithium-ion ada di dalam Kargo Penerbangan MH370. Pesawat Membawa Kargo Bateri Litium-ion mungkin secara spontan meletup dalam penerbangan MH370 Malaysia Airlines Boeing 777-200 ER (9M-MRO) yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac 2013. Persoalannya, Mengapakah Kargo Litium ion ini tidak disenaraikan sebagai kebarangkalian utama dalam Punca Kehilangan MH370 ini
“Kargo Bateri Litium-ion ini tidak dianggap sebagai bahan yang berbahaya, dan telah dibungkus seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa”
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya.
Pengakuan Malaysia Airlines mengenai Pesawat MH370 membawa Kargo Bahan Mudah Terbakar ini telah menarik minat penyiasat kemalangan pesawat antarabangsa. Sebelum ini penekanan yang berterusan oleh rakyat Malaysia lebih tertumpu kepada tindakan oleh juruterbang dan teori rampasan pesawat.
Benarkah MH370 Membawa Kargo Merbahaya
Krisztian Bocsi/Bloomberg, via Getty
Perhatian umum telah tertumpu kepada Muatan Kargo MH370 Boeing 777 dan ini secara automatik akan menarik minat dunia dalam penyiasatan tragedi pesawat udara. Walaubagaimanapun Persatuan Pengangkutan Udara, IATA telah menunjukkan bahawa berjuta-juta bateri lithium-ion dengan selamat dibawa melalui udara setiap tahun.
Senarai insiden pesawat yang melibatkan bateri litium-ion:
  • Tangan seorang penumpang dalam penerbangan Southwest Airlines terbakar apabila mengganti bateri lithium-ion telefon bimbit. Bag yang dibawa bersama terbakar dan menghasilkan asap dan api.
  • Satu pakej 18 bateri litium-ion bersama bungkusan plastik cair dan membakar pakej luar mereka di pusat penerbangan UPS di Louisville, Kentucky.
  • Seorang pilot FedEx telah melompat dari dalam kokpit penerbangan dari Memphis apabila bateri lithium-ion dalam lampu suluh di dalam begnya terbakar.
Penerbangan antarabangsa termasuk Malaysia, Taiwan dan Jepun paling mungkin untuk membawa bateri litium-ion memandangkan mereka berasal dari negara-negara yang mengeluarkan bateri litium-ion tersebut. Sementara itu, pencarian bangkai pesawat MH370 Boeing 777 hampir memasuki minggu ketiga tanpa sebarang penemuan positif. Misi SAR ini turut melibatkan pakatan luar biasa sumber perisikan, tentera dan orang awam.

Source: Benarkah MH370 Membawa Kargo Merbahaya
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/benarkah-mh370-membawa-kargo-merbahaya.html

Keluarga Mangsa MH370 Hilang Sabar


Amok! Keluarga penumpang MH370 dari China Mengamuk. Umpama dipermainkan lalu hilang sabar. Pergaduhan tercetus di Sesi pertanyaan daripada anggota keluarga penumpang China. Panas dan Punca Kekecohan Isu MH370 berlaku apabila penerbangan Malaysia Airlines MH370 semakin kecewa dengan peranan yang memalukan pihak berkuasa menguruskan Pencarian Kehilangan MH370 pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 ER (9M-MRO) yang hampir memasuki minggu kedua.
Apa sebabnya kita datang ke sini. Kami hanya mahu tahu di mana ahli keluarga kami dan di mana pesawat itu. Lihatlah apa yang kita bincangkan hari ini – semuanya hal remeh.
Kami tiada cara lagi untuk menangani masalah ini selain daripada menangis dan marah. Cara anda (MAS Malaysia Airlines) menangani ini sama ada menipu atau satu peranan yang memalukan.

Amuk Keluarga Penumpang #MH370 China

Keluarga Mangsa MH370 Hilang Sabar. Insiden Pergaduhan Keluarga penumpang MH370 tersebut berlaku di mesyuarat harian antara pegawai syarikat dan anggota keluarga penumpang di hotel di Beijing, sementara usaha Malaysia dan bantuan antarabangsa masih gagal menjumpai pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 itu. Sesi pertanyaan daripada ahli keluarga terpaksa dihentikan sementara selepas pergaduhan tercetus di salah satu meja pentadbiran.
Keluarga Mangsa MH370 Hilang Sabar

Sesuatu yang mengelirukan berlaku namun jati diri dan semangat nasionalisme Hootoh untuk Malaysia tidak sedikitpun goyang. Berita Keluarga Penumpang MH370 China Mengamuk adalah benar dan merujuk sumber media sahih. Walaupun dapat dikawal namun Amukan ini sungguh mengejutkan Hootoh kerana merujuk Media Massa Malaysia seperti Utusan, Berita Harian malahan laporan dan sidang media oleh Pegawai dan Menteri di Malaysia memaklumkan Keluarga mangsa MH370 adalah terkawal dari segi emosi setelah melihat Misi Pencarian MH370 oleh kerajaan Malaysia yang bersungguh-sungguh. 
Pegawai Malaysia Airlines dan Menteri juga dilaporkan mendapat pujian atas keperihatinan mereka. Kenapa tiba-tiba ada keluarga magsa yang mengamuk? Sedangkan di dada akhbar jelas terpangpang berita seperti
  • Kedudukan terkini MH370 legakan keluarga mangsa
  • Najib beri semangat baru kepada keluarga mangsa MH370
  • Keluarga Nahas MH370 tenang di Malaysia
  • Keluarga mangsa MH370 Indonesia kagumi usaha Malaysia

Lagi Pelik Mengenai Tragedi MH370

Malaysia menubuhkan pasukan pakar terdiri daripada wakil daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines yang akan ke Beijing, China bagi menerangkan perkembangan semasa operasi SAR kepada anggota keluarga penumpang #MH370. Baru nak terangkan secara berdepan di Beijing! Adoyai, habistu sebelum ni tiada ke Pegawai dan Wakil Malaysia ditempatkan di China.
pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu mereka mendapat sinar harapan baharu. Beberapa keluarga penumpang pesawat MH370 yang ditempatkan di sebuah hotel di sini menyatakan hasrat untuk pulang ke rumah masing-masing. 
Seperti mana seseorang yang lama derita sakit di Hospital yang tiba-tiba berhasrat untuk pulang ke rumah sendiri. Sedangkan penyakitnya masih belum sembuh. Selalunya dituruti dan dianggap permintaan terakhir.
Namun pula apabila keluarga mangsa MH370 berhasrat ingin pulang sedangkan keselamatan ahli keluarga mereka belum pasti, Malaysia mengatakan satu perkembangan positif setelah kaunselor meredakan tekanan emosi anggota keluarga terlibat.

Source: Keluarga Mangsa MH370 Hilang Sabar
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/keluarga-mangsa-mh370-hilang-sabar.html