Cara Malaysia Tangani Tragedi MH370 Boeing 777


Cara Malaysia Tangani Tragedi MH370 Boeing 777 menimbulkan kekeliruan kepada negara luar yang membantu dalam Misi Mengesan Pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang sejak beberapa hari lalu. Percanggahan kenyataan yang dikeluarkan pihak-pihak bertanggungjawab dan beberapa keputusan dan  tindakkan Malaysia menimbulkan keraguan kepada dunia yang tertumpu kepada Misteri Kehilangan Pesawat Milik Malaysia Airlines. Kerajaan China dilihat paling cemas memandangkan ramai rakyatnya berada dalam MH370 yang Ghaib itu.
China keliru dengan Cara dan Budaya Malaysia Menangani Tragedi MH370 Boeing 777. Nampaknya Laporan secara santai Malaysia mengenai Insiden MH370 telah Mengelirukan China. Kementerian Luar China melalui saluran diplomatik meminta Kerajaan Malaysia tidak bersikap lewa dan ambil masa terlalu lama untuk mengesahkan Khabar Angin MH370 dikesan radar tentera patah balik ke KLIA. Insiden Pesawat MH370 Hilang di Angkasa melibatkan nyawa manusia dan bagi Negara China ia pandang serius. Oleh itu Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang berharap Malaysia lebih Telus memaklumkan semua maklumat yang ada kepada China.
Budaya Malaysia Menangani Tragedi MH370 Boeing 777

Laporan MH370 Malaysia Meragukankan China

Contohnya Laporan Terkini MH370. Seorang pegawai tentera Malaysia pada sidang akhbar penerbangan MH370 yang hilang mungkin telah berubah laluan dan Patah Balik daripada laluan asal sebelum hilang. Sedangkan beberapa hari sebelum itu, Tentera Udara Ketua Jeneral Rodzali Daud Malaysia menafikan laporan bahawa radar tentera telah Mengesan MH370 terbang di Selat Melaka, walaupun beliau merasakan ada kemungkinan pesawat Cuba Patah Balik sebelum hilang dari skrin radar.

Ini Budaya Malaysia Menangani Tragedi

Nampaknya Negara China masih belum biasa dengan Budaya dan Cara Malaysia menangani Krisis dan Tragedi. Sudah menjadi kebiasaan Malaysia apabila sesuatu kenyataan diumumkan secara bersahaja sedemikian rupa. Malah kebanyakan Kenyataan Menteri-Menteri Malaysia Santai sahaja.
Pihak Atasan Malaysia jarang muncul dan mengambil sedikit masa untuk mengulas sesuatu isu kerana terlebih dahulu melakukan kajian yang mendalam. Manakala penggunaan perkataan “Mungkin, Belum Disahkan, Menafikan, Seandainya, Menolak Kemungkinan” bukan bermaksud tidak serius atau kurang yakin, tetapi itulah Santun Bahasa yang diamalkan secara turun temurun lagi. Malah, inilah rahsia Keteguhan Ekonomi dan Keharmonian di Malaysia kekal terjamin hari ini. 1Malaysia yakin Budaya Malaysia Menangani Tragedi MH370 Boeing 777 adalah yang terbaik. Bercukurlah Malaysia Masih Aman.

Primary source: Budaya Malaysia Menangani Tragedi MH370 Boeing 777
Permalink: http://www.hootoh.my/2014/03/budaya-malaysia-menangani-tragedi-mh370.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s